Sunday, 16 November 2014

STEP BY STEP..

Syukur Alhamdulillah untuk semua limpah kurniaanNya. Allahhu... :'(



Sebenarnya aku tanak. Lepas tahu ada rehearsal, amik jubah konvo bla bla..memang aku tak nak, tak nak join la kononnya.. tapi, jauh di sudut hati ni aku rindu sangat nak jumpa kawan2, almost 6 months plus klu tak silap aku tak jumpa.. ya Allah rindu sangat..

Satu ja perkataan yang aku mampu katakan saat aku try jubah tu.. tengok sahabat2 lain gembira, selfie dengan jubah masing-masing.. Aku pandang sekeliling, suasana tu aku rasa lain, ada jubah diploma, degree, master,dan jubah doctor falsafah (PhD). Ya Allah...

“ALHAMDULILLAH”

Tu ja mampu aku zahirkan,aku ucapkan..
ramai lagi sahabat yang masih berjihad kecil di jalan Allah yang masih tak Berjaya konvo bersama kami.. ya Allah, aku ntah kenapa sebelum ni tak pernah fikir yang aku dah sebaris dengan mereka. Step by step, slowly.. Allah dah atur semua ni dengan sempurna. Rancangan Allah tu baik baik belaka..

Jangan bandingkan diri dengan mereka yang lebih, pandanglah mereka yang masih jauh lagi berusaha untuk menjadi seperti kita.. dalam erti kata lain, bersyukur, tanamkan sifat qanaah, sentiasa merasa cukup dengan pemberian Allah swt.. itu ja kunci untuk kebahagiaan dalam diri kita sendiri.. yes, syukur..


step by step and keep moving.. :)



“Andai kamu tahu bagaimana Allah mengatur urusan hidupmu, pasti akan mengalir air mata karana cinta kepadaNya

Time fly so fast but please don’t rush.. slowly..

Kita nak Berjaya kena usaha dan kita yang nak Berjaya ni akan merasai kegagalan.. hidup ni penuh dengan ujian..yang penting sabar, and keep moving. Jangan putus asa. Biar lambat asal dapat! Percaya diri sendiri kerana di luar sana tiada siapa yang boleh percayakan kita lebih daripada diri kita sendiri.. yakin..insyaAllah..

To all my dear friends, see you at the top insyaAllah.. konvo kami 26 nov 2014.. J

Wednesday, 15 October 2014

Langkah Ini Dalam Naungan-Mu




Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar
Langkah ini telah lama kami mulakan
Telah lama kami susun atur dengan berpandu ilmu-Mu
Jua menurut apa yang Kekasih-Mu, Muhammad SAW ajarkan.


Wahai DZAT yang maha mengetahui
Satukanlah hati kami untuk membesarkan Mu
Tanamkanlah rasa kasih dan sayang 
Agar Kami sentiasa mengingati Mu
Kerana kami tahu dugaan pasti akan datang kembali,


Wahai Tuhan yang maha bijaksana
Tidak kami takuti dan gentar ujian yang menyapa
Namun kami bimbang andai teralpa dalam fitnah dunia
itulah ujian yang lebih dasyat dan besar
ketika langkah kami semakin deras menuju impian yang dicita


Wahai Tuhan yang Maha mengabulkan doa
Penuhilah hajat kami yang mahukan cinta Mu
Sempurnakanlah cita cita kami untuk bernaung di bawah ArashMu
Makbulkanlah doa kami untuk menjadi kekasihMu
Serta bimbinglah kami yang mahukan perindungan.... .

Monday, 7 July 2014

Terima kasih. ..


Salam wbt..alhamdulillah syukur untuk apa yang telah dikurnia Allah SWT harini..

Hari ni 9 ramadhan, sedikit kekeliruan yang mengganggu diminda ni, aku cuba ringkaskan seringkas yang mungkin dalam masa sesingkat yang boleh insyaAllah..

Allahhu Allah, kadang ujian yang Allah beri rasa tak tertanggung, banyak.. lain orang, lain ujian Nya kan? kadang aku Tanya, kenapa aku ni manja sangat, bak kata bos aku,puan Zee, “tu tak sampai keperingkat kena gigit kerengga lagi pun dah rasa teruji..” manjanya aku, sensitifnya aku..

Kalau aku boleh tanya, apa korang akan buat bila semua masalah yang timbul, koranglah puncanya. Korang yang mulakannya, yang cuba membuatkan masalah itu ada..  yes, u never told me that’s all da problem comes from me, yet I can feel it. Huhhh, tak baik betul rasanya bersangka buruk. Tapi tindak tanduknya memang kearah tu.. aku lah tu, aku lah ni.. aku tak minta.. aku tak nak.. aku dah cuba..aku dah lari jauhhhhhh… tapi masalah tu tetap ada.

*menaip disaat emosi yang sangat tinggi. T_T

Allahu Allah.. dimana kekuatan yang pernah kau pinjamkan.
Puan zee(bos aku) pernah bagitahu , kadang kita tak boleh bergantung pada diri sendiri, kita perlukan pertolongan. Kadang, pertolongan tu datang daripada Allah melalui,hambanya, kesenangan yang kita rasa, atau boleh jadi benda lain yang memang Allah takdirkan untuk kita..

Terima kasih kepada yang sudi membantu, meskipun memang aku dalam keadaan terkial kial, tak tahu hala tuju, maklumlah aku baru.. kau kata kau faham, tapi jelas, kau berkira, kau tak faham.. situasi kita berbeza..

Terima kasih.. Alhamdulillah kerana ada disaat aku perlu, disaat aku buntu..
Aku susah, kau bantu..

Aku harap, moga kebaikan itu ikhlas, aku cuba membalas dengan keupayaan yang ada, tapi aku tahu memang aku takkan mampu, hanya Allah yang boleh membalas segalanya.. aku mohon,agar kau lupakan lah pengorbanan yang pernah kau berikan, andai bila saat kau terasa, kau akan menilai semula..
Kau menilai semula kebaikan yang pernah kau lakukan.

Ya, kerana saat tu aku susah.

Moga kau tak lupa, suatu ketika dahulu kau juga pernah susah.
Mungkin bukan aku yang membantu kau disaat tu. Tapi aku tahu, kau pernah susah.. Alhamdulillah.. terima kasih kau dan semua. Meskipun, saat ni aku rasa bagaikan semua jari telunjuk ada di muka ni, meskipun aku tahu niat sebenar aku dan hajatku takkan tercapai dengan segala apa yang aku lalukan, dengan semua pengorbanan yang kau dan semua lakukan..

Aku akan ingat satu hal ni,
bahawa kau baik dan terbaik pernah aku kenal.. terima kasih.

*maaf, tulisan disaat aku keliru, mungkin aku akan padam semula, atau mungkin aku biarkan saja..* 



Klu boleh,aku nak bersangka baik, baik pada semua, pada Allah. Aku anggap dan harap sangat ni semua ujian Allah.
Allah test, those he loves. insyaAllah.. .


Wednesday, 25 June 2014

kau tak rasa..

“menangislah
kalau kau mahu
tapi cari dulu
bumi untuk sujud
sebelum bahu untuk
kau hambur segala
rencah rasa”

memang,
memberitahu itu senang,
meluahkan itu mudah..
menyatakan itu cepat sangat..

tapi,
payah untuk memahaminya..
payah untuk mengalaminya..
payah sangat..
payah kerana bukan kau yang rasa..


kadang,
aku terfikir sendiri..adakah aku yang tak dihargai
atau..
aku yang tak tahu menghargai..

Friday, 13 June 2014

Rindu ini... .

Assalamualaikum wbt.. salam sayang, cinta, rindu buat semua..
alhamdulillah syukur padaNya kerana sudi memberi ruangan untuk muni menaip lagii...

Allahu Allah..
subhanallah..demi nama Allah muni rindu, rindu sangat pada sahabat muni semua, sahabat bersama di uitm..sama sama mengaharungi liku liku dugaan masa belajar, but actually it was very memorable that no one can create it..apatah lagi selepas diberi kesempatan untuk muni view blog muni(even tak la menarik sangat) muni rasa sedih..mata ni rasa 'berpeluh' jaa tengok gambar kita...


jannah,su, n ida..my housemate..how do you do guys..?i miss u a lot! sangat!

my classmate..jai,lyn,hajar,wani,zila,marry,zatii,aten,nuyu...hmmm semuaaa laa...k muni rindu sangat u olls seriously from da bottom of my heart...

i'm a bit buzy now dear friends, n i know most of us are working somewhere... good luck!
biasalah, klu da keje ada jugak dugaannya..time serabut ceni laaa rasa rindu sangat nak gelak2, makan sama2..berlari ke kelas..u know, i dun know how to mention it..but, that was a very good memory with all of you guys.. i miss u..

tak tahu laa macam mana esok, lusa..
kadang rasa penat sangat, lelah..
ada matlamat yang dituju..
kita hanya merancang kan.. Dia yang tentukan..



I am a strong person.
but every once in a while I would like someone  to hold my hand
and tell me things are going to be OK.

Really miss u my dear friends.. :')

Saturday, 1 March 2014

Monolog Aku

Kecewa itu BIASA, 
tetapi membalas dengan kebaikan meski selalu dikecewakan, 

itu LUAR BIASA.

Memaafkan itu BIASA, 

tetapi memaafkan meski sering disakiti, 

itu LUAR BIASA.
Memberi itu BIASA, 

tetapi memberi dengan penuh pengorbanan dan disaat kekurangan,

itu LUAR BIASA.
Bersyukur itu BIASA, 

tetapi bersyukur ketika tidak punya apa-apa, 

itu sangat LUAR BIASA.
Kebaikan dibalas dengan kebaikan itu BIASA, 

tetapi membalas kejahatan dengan kebaikan, 

itu baru LUAR BIASA.



Aku suka guna ayat, ‘kadang orang tu tak tahu, yang kita sayang dia lebih daripada dia sayang kita’. Sakitnya menyayangi orang dalam diam, sakitnya merindui tanpa dia tahu. Kadang, nak sangat dia tahu perihal hati kita sebenarnya.(bukan sedang jiwang --')

Aku tahu, Allah swt maha mengetahui, dia lebih tahu akan isi hati aku. Mungkin, kalau semua orang kenal aku sama sepertimana Allah tahu semua perihal tentang aku, mungkin mereka menjauh. Jangan pernah mengaku kita ni alim, kita ni baik, ‘indeed’, kita semua pendosa.

Manusia hari ni, bilamana dia rasa dia hebat, dia ada kuasa, dia lagi tua, dia ada pangkat, teguran daripada  orang lain dia ‘tamo’ dengar kan. Pelik, belum tentu dia tahu semua, belum tentu orang yang menegur itu tak tahu. Nak bukti? Cukuplah al Quran dan sunnah sebagai bukti.
Demi Allah swt, aku sayang semua yang ada di sekeliling aku, yang ada saat aku jatuh. Yang sudi mendengar saat aku memberitahu, yang terus menyokong saat aku daa mula ‘give up’.



Aku pernah terbaca, perkara yang perlu kita ingati dalam seharian hidup kita ialah, “Dosa dan Mati”. Rahmat Allah swt ni luas, aku yakin klu cakap bab hidayah, bab taubat ramai sangat yang tahu. Tapi, banyak mana dah kita bertaubat pada Allah? Banyak mana dah dosa kita buat? Tepuk dada, Tanya iman, Tanya diri.(aku pun sama..Allahuu)

Sebab itu imam al-Ghazali berpesan, “seorang hamba yang bertaubat tapi kembali melakukan dosa jangan sesekali berputus asa untuk bertaubat lagi.” Allah maha pemaaf, bahkan Allah bukan sekadar mengampunkan, malah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya. Firman Allah yang bermaksud, “sesungguhnya, Allah menyayangi hamba hamba Nya yang bertaubat” (Surah al Baqarah 2: 222)

Hari ni tangan aku taip apa ja yang aku rasa, aku takut sangat berdosa, takut sangat sebab aku tak tahu aku mati bila. Aku pun tak tahu siapa yang sudi doakan aku bila aku tiada nanti.

Buat semua yang ada dan sentiasa menyokong aku, terima kasih banyak.  Final exam is around da corner. Haks .. maaflah, kadang kita tak sedar kita mengguris hati seseorang kan. Let me repeat, ” sometimes, we do not realize that, there has someone love you more than u do “ , yaa, kadang orang tu tak tahu yang kita sayang dia lebih daripada dia sayang kita.

Tembak,tembak.., hanya mampu menembak dari jauh..  hanya melalui doa.

Moga Allah merahmati dan melindungi mereka yang aku sayang. Especially, my family. Kadang aku rasa dahagakan kasih sayang to gather with my family again, more and more. Ntah bila laa kan.. boleh kita bersama lagi. Moga saat tu akan tiba, bila dah besar macam ni semua menjauh. Sedih..

Hmm apalah aku ni, dah sampai ke family bagai. Haks…

Tu lah, aku sedang bermonolog ni.

Kalaulah aku boleh beli masa, beli cuti, aku akan beli hanya untuk bersama mereka yang aku sayang. Tak tahu la macam mana nak mendefinisikan perasaan sayang ni  sebenarnya, kerana sayang kadang kita akan sakit. Macam aku hari ni.. apatah lagi tak mampu meluah di hadapan mereka yang kita sayang kan..

Fitrah muni, fitrah. Semua perasaan yang hadir ni fitrah. Hanya iman yang mampu mengawal.

Apa yang penting di akhirat sana, aku nak ‘repeat’, aku tak tahu aku mati bila, Cuma, Cuma.. aku nak bersama mereka yang aku sayang di syurga. InsyaAllah..  macam mana nak dapat kan syurga? Bak kata ustaz Azhar Idrus, “cara nak dapatkan syurga ni, kita kena beli. Beli dengan apa? Beli dengan segala galanya.”
-monolog aku di petang hari-
Sungguh, aku sayang kan mereka. Sayang sangat. Tears~


Berusaha sabar dalam kesedihan.
Berusaha sabar dalam kekecewaan.
Berusaha sabar dalam kesakitan.

Berusaha sabar dalam musibah.

Berusaha sabar dalam ujian hidup.
Memang benar..

Sabar itu susah.

Sabar itu lelah.
Sabar itu sakit.
Sabar itu tekanan
Akan tetapi jika kita mampu mengatasinya.
Maka sabar itu akan menjadi sebuah keindahan.
InsyaAllah. :)

Aamiin

Saturday, 8 February 2014

Lima Minggu jaa Lagi..!

Bismillahirrahmanirrahim…
Salam sayang, sahabat fillah semua. 
Pejam celik, pejam celik lima minggu jaa lagi kan, apa yang lima minggu ni? Hmm berat sangat nak bagitahu.. Seriously, I’m not prepared anything to write about us, spontan, ikhlas dari hati taw u olls.. 

Time fly too fast, perjalanan kita daa nak habis, tinggal lima minggu ja lagi.. –smile- :)
Ntah, enam semester kita bersama, almost three years. Kejap jaa kan, gaya dan penampilan kita semua daa berubah..

Lepas daripada balik BBQ kita kat Perdana Beach Resort haritu, k muni minta maaf sangat sebab tak stay tido and manja2 ngan u olls kat situ. Lewat jugak balik malam tu, almost at 11 o’clock gak kan, thanks sebab gi anta sampai kat kereta, bak kata jejai “anta vip” hahaks..”sangat laa kan”

Sepanjang perjalanan daripada PCB malam tu laa, ‘siyesli’ k muni fikir dan tak tahu macam mana laa nak appreciate u olls, sangat2 memahami.. nam sem kot kita bersama.. lima minggu ja lagi sayang..lima minggu jaa..~

sedikit kenangan, special dedicated to all of u girls, AC110H.. 
Our journey is actually has begin..


 abg cameraman tu kata kita macam students part 1.. hebat, awet muda kita..hahaks

dan kat bawah ni, antara gambar kita di Perdana Beach Resort..malam tu... :)
 with 'gojes' classmate i ever have..


cakk..amik gamba lubang idung eaaa....hahaks

kemonnn, aerobik.. 1,2,3.. haha

k muni suruh buat mata juling, tak sangka laks, ada orang sudi ikut..haks


ohh ya, thanks to aina anis, ajar k muni main benda alah tu(gitar).. sakit gak jari telunjuk ni..hahaks..

so,Tak kisahlah kat mana kita lepas ni, moga ukhuwah yang terbina akan berkekalan hingga ke hujung nyawa..insyaAllah..
i promise, iwill continue our story, our love story afterward..- Lots of Love..- K muni :)

Wednesday, 8 January 2014

Hati Hitam



Hati hitam itu ingin brubah.
menghakis kesemua bintik hitam yang ada.. .
tak pernah putus asa untuk mencuba
namun, banyak nya terkandas..
give up~

Ya Allah,
semakin ku mencuba ,
semakin susah mennghilangkanya
bah kan ,semakin bertambah.
makin pekat hitam nya..
seolah olah sudah tiada lagi putih di dalam nya.. .

Hari ini inginku menyucikanya,
hampir brjaya,
berjaya menghilangkan bintik hitam itu.. .
ahhh, kandas lagi di penghujungya..

Tidak cukup kekuatan.
itu alasanya.
alasan yang tidak pernah cuba untuk di baiki


                                               Melihatkan hati lain yang makin menyuci
Cemburu...
Hanya cemburu yang ada
langsung tiada keinginan untuk mngikuti jejak langkah yang lain
bukan tiada keinginan,
Tapi,
Tidak cukup kekuatan.
aahhh~ lagi lagi alasan tu!
Hati ini makin hitam ya Allah.

Suci lah wahai hati yang hitam
Allah sentiasa memberi peluang
Untuk apa?
untuk hati itu, agar kembali suci..... .