Monday, 13 April 2015

Worst Feeling..


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang yang menuntut ilmu tetapi sering kali tergelincir dalam dosa dan melakukan kemaksiatan?
Jawapan: Seseorang yang menghadiri majlis ilmu tetapi sering melakukan dosa bermakna seseorang manusia bukanlah maksum, bukan nabi atau rasul dan cuba berperang dengan nafsunya.

Tetapi akhirnya dia tersungkur juga ke dalam dosa dan juga kemaksiatan maka apabila dia duduk di dalam majlis ilmu maka dia yakin dia mempunyai Rabb yang Maha Pengampun,
Apabila dia duduk di dalam majlis ilmu dia tahu dia tidak boleh berputus asa dengan Rahmat Allah ﷻ dan dalam pada masa yang sama dia tidak boleh merasa aman dengan azab Allah ﷻ.
Maka hendaklah seorang yang berilmu apabila dia tersungkur dengan dosa dan kemaksiatan, cepat-cepat dia bertaubat kepada Allah ﷻ kerana tahu ia berdosa dan melakukan kesilapan,
Kesalahan terhadap Allah ﷻ dan dia tahu pintu taubat Allah ﷻ masih terbuka lagi untuk dirinya maka dia pergi menuju kepada Allah ﷻ.
Maka jangan sampai tersungkur nya seseorang itu, berkali-kali di dalam lembah maksiat menyebabkan dia berputus asa daripada Rahmat Allah ﷻ kerana itu adalah tanda lemahnya iman,
Tanda lemahnya ilmu mengenai Allah ﷻ dan rahmat-Nya meliputi segala sesuatu.
Maka disini ada takut dan harap, bukan sahaja hanya harap tetapi bersama dengan takut.
Seseorang yang mempunyai harap dan takut, maka ia mempunyai sayap yang boleh memenuhi untuk terbang tinggi kepada Makrifat Allah ﷻ, untuk sampai kepada keredhaan Allah ﷻ.
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, Guru Mulia Tassawwuf, Darul Muhibbin.
Wallahua'lam.


Peringatan buat diriku sendiri dan kita semua.

Friday, 3 April 2015

People change.. .





 Jap ,sedihnyaa.. nak nangissss.. Allahu Allah.. memang pun, aku dapat rasakan kekuatan untuk menaip hadir tika ni laa..tika serabut, tika rasa nak luahkan segala benda yang aku rasa orang takkan baca..

nak Tanya, pernah tak ada orang bagitahu “kau ni memang tak boleh harap.”, “susah betul laa klu nak mintak tolong!” something like that.. malas rasanya nak bagi contoh lain..berderai derai air mata ni klu teringat ayat2 kasar tu..
alhamdulillah.. di umur aku ni, walaupun tak banyak lagi, aku dah rasa banyak benda… macam awak2 semua rasa... adik beradik, kawan kawan, orang sekeliling yang kita sayang.. kadang kita dapat rasa bagai kita tak dihargai.. kan..

pernah tak dengar ayat nii..” kerana satu kesilapan, hilang semua kebaikan..”
aku biarkan tangan aku menaip apa yang otak aku fikir, apa yang hati aku rasa tika ni.. pedih jugak laa.. aku suka guna ayat, kadang, orang tu tak tahu kita sayang dia lebih daripada dia sayang kita.. orang tu tak tahu kita rela habis duit banyak kerana sayang ..apalah sangat nak di bandingkan dengan duit..” tenaga.. perasaan.. masa.. tuu semua biasa untuk orang2 yang kita sayang..

seeloknya, sebelum membenci, sebelum keluarkan kata kata kasar, tilik dulu, tenung balik apa orang tu pernah buat kat kita.. kita semua di lahirkan, di ciptakan dengan hati dan perasaan.. orang yang pernah rapat dengan kita, mustahil tak pernah bekorban untuk kita.. tak pernah buat baik dengan kita.. kan.. so, why u easily can say that “you are such useless!”

Allah… pedihh taw.. walaupun ayat tu pendek, walaupun ayat tu simple.. tapi, rasa bagai di tikam dengan pisau bertalu talu..



Dear kesayangan semua.. 

aku kebetulan rasa sebab time adik aku marah haritu sempat jugak dengaq ayat lebih kurang mcm tuu.. then, hati rasa terhiris sikit(sorry adik ;p) ..biasa laa budak2 nak perfect semua benda, padahal dah macam2 kita bagi..
jeles, sakit hati what so ever laa istilah dia.. aku Cuma nak nasihat, untuk diri sendiri jugak sebenarnya.. No matter whoever da person,that support you, encourage you to become the one who you are today.. always bear in mind, they are such a good people who give you color in your life! Notice it. Please...

Kadang, kadang laa kan.. Tanya diri sendiri banyak mana dah pengorbanan dia untuk kita.. banyak mana plak pengorbanan kita untuk dia.. aku tak berani nak bagi nasihat sangat, nasihat laa diri sndiri yang lemah ni.. yang serba kekurangan ni.. 

lets me repeat, sebelum membenci tu, cerr pejam mata, fikir dan renung balik apa memori kita dengan dia. Klu kawan, mesti dia kawan yang baik kan.. kawan aku semua baik, susah laa nak terasa untuk benda remeh temeh ni.. adik beradik atau sesiapa ja laa..

Aku malas nak baca apa yang aku taip, rasa macam panjang daa nii.. jam pun dah pukul 11.57pm.. so, sebelum aku stop, aku siti munirah mohammed pauzi, adik kepada abang dan kakak aku, kakak kepada adik2 aku.. kawan kepada kawan kawan aku.. kesayangan sesiapa sahaja di luar sana.. mohon maaf.. atas segala kekurangan diri.. maaf jika segala usaha aku untuk membahagiakan orang di sekeliling aku ni gagal.. maaf andai gagal untuk menjadi sahabat yang baik.. gagal menjadi kesayangan yang baik.. tak kisah laa apa pun.. aku minta maaf.. stakat tu sahaja pengorbanan aku mampu beri.. maaf.. sakit sangat rasaa.. jika kau Berjaya capai apa yang diimpikan satu hari nanti.. tahniah.. aku akan bahagia, kerana untuk orang yang aku sayang semuanya.. andai akhirnya bahagia.. maka, begitu juga aku.. (emosiii sgt malam ni..huuu )

in memory
people change, and often they become the persons they said they will never be.. .