Wednesday, 23 October 2013

Memahami Hidayah.





Pelik sungguh dengan perkataan ini
"Hidayah"
Aku masih mencari pengertiannya dan masih buntu mengenangkanya
mestilah pelik!!

Dia yang dulu seorg yang 'social'
Sering brtukar 'bf'
Pakaiannya ketat usah di bicarakan
Siap bergambar dengan mana2 laki,
Sekolah xprlu dari skolah agama pun.

Aishh,
Sekarang sudah berhijrah.
Bertudung labuhnya,
Tunduk pandanganya
Berbicara hanya yang perlu.

Memang aku pelik dengan "Hidayah" ini,
Ia datang kepada sape2 tanpa mngenal kisah hidup yang dulu.

Aduh~
Aku bila akan ada kkuatan ?
Masih di peringkat lama,
Makin turun ada lah.


Ya Allah ,apa yg mnghalang aku untuk terima hidayah Mu?
Ingin sekali aku menjadi seperti mereka,
Mereka yang Engkau kasihi,
Ingin sekali merasa kasih Mu ya Allah
Kasih Mu membuat hati ini tenang,
Ya Allah,ingin sekali berada dlm redha Mu.

Tenyata ia bukan mudah,
Memerlukan kkuatan
Mujahadah.
Namun aku masih lemah untuk semua itu
A'aah adakah itu alasan trbaik aku?
Tak mustahil kan awak?

Ya Allah,aku ingin berubah.berubah menjadi yang lbih baik
Tak sangup rasanya berpaling dari Mu~

Wednesday, 2 October 2013

Mungkin Aku Rinduu..



Maa ,  
Aku keliru, benarkah anak perempuan itu menyusahkan?
Abah,
adakah aku cukup taat kepadamu?
Maa,
terangkan padaku, kerana aku ingin menjadi seorang anak yang baik padamu..
Sama sepertimana taat bakti seorang anak lelaki..

Ya rab, apakah erti semua ni..
Apakah maksud disebalik rindu ini..

Perasaan tu..masih ku ingat hingga ke hari ini..
Aku cuba menjadi seorang kakak yang kuat, contoh yang baik untuk adik2..
Aku gembira, sungguh..
akhirnya Dia menjemput kalian ke sana..
Saat pemergian maa abah ke sana, demi jemputan ilahi ke tanah suci..
Saat semua sedih atau mungkin gembira dengan pemergian kalian,
Saat adik2 menangis menahan perasaan rindu yang memang akan hadir..
aku, aku cuba berdiri ditengah memeluk mereka dan cuba meyakinkan mereka bahawa aku bisa..
Aku bisa menjaga mereka sebaiknya..walaupun terasa beban agak berat


Panjang nasihat abah disepanjang perjalanan ke ‘airport’..
Kelu lidah ni saat abah bertanya doa yang mungkin ingin dikirimkan di sana..
Memang aku cuba menahan titisan air mata ini..sungguh ku cuba bertahan.. “as possible as i can..”
tibanya saat pemergian kalian..
Memang, terlintas dihati ini sehari mungkin biasa..tapi berbulan kalian disana..aduhhh berat rasanya..
Ciuman itu.. mungkin lama rasanya ku tunggu, ku rindu..yang singgah dipipi..yang mana akhirnya air mata ini jatuh juga..kenapa?air mata kenapa? Kenapa tidak sekuat janjimu ingin bertahan.. kuatkah aku..

maa, abah...
this guy, adikk,sangat memahami..'tamo' balik rumah nak stay kat hostel jaa..'tamo' menyusah kata nyaa.. yet,at the end i'm the one who miss himm so so..huu :'(

hak sorang ni, abah maa takya risau.. as long as ikut jaa apa dia nak n klu nak bagi nasihat, kena sofly talk..klu marah2, memang dia tamo buat..ahaks..
 me with k nini,my luvly sister..the person who always encouraging me, on the path to move forward,she makes me happy..  always calling me, 'gayut tepon' lama2 memang suka sgt..:)

Fahmi, my 'suweeet' brother,always be my side..whatapp jaa keje nyaa..hihii..

hmm..tak lupa juga abg long n abg ngah..w'pun sibuk dengan 'keje' n family masing2,selalu call tanya khabar..abah maa takya risau.bak kata abg2,"biar abah maa fokus dengan ibadat di sana"..

bukan 'mungkin',kerana sebenarnya aku benar-benar rinduuu.... i'm so happy you see.!

Allah..ku rindukan mereka, moga mereka selamat dan baik-baik sajaa.. exam week ni, abah maa 'please' doakan yang terbaik,and hopefully Allah grant me with an ever lasting patience. Maa abah,i'm your daughter you see.haks...miss u soo.. >.<


->ceritanya sy kena jaga adik2 kat kat sini pada musim final exam ni, pengalaman Allah bagi kali ni sangat best u see, one hour drive to campus,3 hours in examination hall then another one hour  driving back home..means that, 5 jam sy duk atas kerusi..haks..abg2 dan kakak sy semua kat KL.. sbb tu laa sy rindu..rajin laks tangan ni nak menaip..hehe..ok jap jap..ada lagi.....

 hmm rindu jgk kat budak ni..Hadiff

and sorang lagi...Hazeeq

opps, ada sorang lagi..Luqman..tapi 'mateh' takda gamba Luq  dalam lappy ni..nanti mateh upload gamba Luqq sorang jaa banyak2 ea... ok laa dlu..huhh, daa sejam taip ceni jaa pun..haks..salam sayang, cinta..rindu Fillah buat semua... :)


Friday, 23 August 2013

Helpless age


Rambut mula keputihan
Kulit tidak seanjal dulu lagi
Gigi satu persatu tiada
Mata tak seputih dulu
Badan membongkok
Nafas seakan akan tersekat
Wajah tak secantik muda
Tenaga di mamah usia
...
Mengejar ke sana ke mari sudah tidak mampu

Apa lagi yang nak di banggakan pada saat ini?
Diri itu sudah tiada apa2 yg tinggal
Hanya mmpu menjadi tatapan semata mata
Atau mungkin menghitung hari untuk berjumpe Dia
Nikmat yg di beri pinjam berpuluh2 tahun,
Kini di ambil Nya perlahan lahan



Apa yg di gunakan ketika masih diberi peluang?
Adakah saat di beri peluang di gunakan sepenuhnya mncri ilmu?
Adakah saat di beri peluang di gunakan sepenuhnya bramal soleh?
Atau mungkin sekadar d beri pluang utk brhibur samata2 mngejar syurga dunia ini

Ya tiada siapa yg inginkn waktu itu,
Kalau boleh mahu sekekalye waktu begini
Leka dengan nikmat sementara.

Pernahkah kita tanya,apakah hikmah di beri waktu itu ?
Waktu yg tiada apa2 yg boleh di lakukan lg.
Waktu yg hanya mmpu mnunggu~

Wednesday, 24 July 2013

A love Story~~


Assalamualaikum wbt ..salam sayang,salam rindu,salam cinta kerana Allah swt..
Apa khabar iman sahabat harini..?Aaa rindunyaa nak post entry kat bloggg…heee..

Today is Ramadhan 15 and hopefully it is not too late for me to wish “ahlan wasahlan ya Ramadhan” J
lamanya muni cari masa untuk post ‘samtim’ kat blog, really hope that I can give something benefit in this entry insyaAllah.. make Allah the King of our heart, Bismillah..

Sahabat, kita semua tak sempurna kan, tidak layak menerima pujian, tiada kuasa, melainkan Allah swt sahaja yang memiliki segala kuasa.. 

 

sahabat,
Muni memerlukan imaginasi sahabat sebenar..bayangggkannn……….

-bayangkan dalam minda sahabat sekalian individu yang paling sahabat cintai
-bayangkan sekiranya sahabat boleh bertemu kekasih hati tersebut sekali sahaja setiap tahun..
-Bayangkan sekiranya sahabat mempunyai 30 hari sahaja bersama si dia yg sahabat cintai..

Bagaimana perasaan sahabat setelah sahabat bertemu dengannya setelah setahun berpisah..?


Dikisahkan pada zaman pemerintahan baginda saw,Para sahabat amat mencintai Ramadhan. Dalam bulan-bulan yang mendahului ramadhan, mereka akan mengira hari-hari yang berlalu dengan harapan dapat bertemu dengan Ramadhan. Setelah Ramadhan tiba, mereka menyambut bulan mulia itu seolah olah menyambut kepulangan kekasih tercinta..

Mengapa? Mengapa para sahabat mencintai bulan Ramadhan sampai begitu sekali?

Kerana dalam bulan Ramadhan, mereka dapat berlari lebih pantas menuju Allah. Mereka tidak mencintai Ramadhan kerana Ramadhan semata mata. Mereka mencintai Ramadhan kerana Allah. Sebelum Ramadhan, mereka berlari menuju Allah dengan muatan yang berat-syaitan.
Sekarang, syaitan tiada. Maka, mereka melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk mereka mendekati Allah.

Equation mereka mudah, mereka cinta Allah=mereka yang cintakan Allah + mereka cinta apa-apa sahaja yang boleh mendekatkan kepada Allah.
Kerana itu, mereka cintakan Ramadhan dan pertemuan dengan bulan mulia ini ialah satu detik yang dinanti natikan. Semoga Allah masukkan kita dalam golongan yang cintakan Ramadhan. Ameen ya rab. Bagaimanakah anda menghabiskan 30 hari bersama samanya?
Setelah berpisah setahun, akhirnya kita bertemu!

Tetapi, pertemuan kita hanya sekejap sahaja-30 hari. Bagi mereka yang hangat bercinta, 30 hari itu tidak cukup!
Suka atau tidak, itulah realitinya. Pertemuan kita sebentar sahaja. Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah kita akan menghabiskan 30 hari itu.?
Bagi yang hangat bercinta, sudah semestinya mereka akan bersama 24 jam, bersama kemana sahaja.. Tiada apa yang dapat memisahkan mereka.

Bak kata Prof. Tariq Ramadhan, “our relationship with Allah is a love story.” Tiada bulan yang lebih istimewa untuk kita suburkan cinta kepada Allah daripada bulan Ramadhan.



Go on. Go write your love story. Make it special
sama-sama kita muhasabah diri,audit diri kita..selagi kita diberi peluang bernafas di bumi Allah ini,selagi itulah kita boleh tambah seberapa banyak amal ibadat kita kepada dia sang Pencipta.. .
semoga Ramadhan tahun ni bukan Ramadhan terakhir kita.. :')



Friday, 7 June 2013

Hidup ini adalah sesuatu tentang keberanian..

Kuat kah aku?
Kadang terfikir sendiri untuk apa hidup ini,kepada siapa diri ini akan kembali..
Bagaikan meraba dalam gelap,tak tahu apa untuk ku singkap..
Kuatkan aku untuk meneruskan langkah yang entah bila akan berhenti..
Selagi bisa dan mampu melangkah,selagi itu akan ku cuba..
Tapi entah sampai bila..
Bukan ingin menyerah apa lagi untuk rebah..tapi,aku sedang bertahan..


Saat terjaga aku berasa rindu padaMu,
Saat terlena aku berharap pandanganMu
Dimanakah  pintu rinduMu
Untuk kujejak lalu bersimpuh sayu,
Bercerita dan berdendang berita
Mengharap bisik kasihMu

Tuhanku,
Bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku..
Duduk  dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu di perdu rinduu...





tak sangka juga sebenarnya hati boleh sekuat ini,

setabah mana perasaan yang dirasa saat ini..
cukuplah Allah bagiku..


alhamdulillah syukur pada Allah yg memberi kekuatan,semangat 

yang membolehkan diri ini masih mampu berdiri malah berlari dengan senang hati..andai,anda 
diuji dan masih mampu tersenyum,syukurlah..
Tak semua orang Allah berikan kekuatan yg sama..dan 


sememangnya kerana sayang Allah menguji..

sedar ataupun tidak,jika ingin dibandingkan dengan nikmat yg telah Allah berikan memang takkan 
dapat dihitung.

“Fain Tauddu Ni'matallahi La Tukhsuuha” 
Apabila Kamu Menghitung Nikmat Allah ( Yang Diberikan Kepadamu ) Maka Engkau Tidak Akan 
Mampu(Karena Terlalu Banyak)




#Teruskan langkah dengan berani,hidup ini adalah sesuatu tentang keberanian,dan hanya yang berani akan
memperoleh kejayaan sebenar..syurga Allah.

Saturday, 18 May 2013

Aku merintih lagi.. .


Tuhanku,
Disaat kedukaan ini aku ingin sekali berjumpaMu,
Ingin sekali mendapat dakapan daripadaMu,
Menggalaskan aku dengan permaidani ketenangan.

Ya Allah,
Aku dilukai lagi..
Kenapa yang jujur bersembunyi menyendiri,
Kenapa yang melupaiMu tegak berdiri?
Di mana harus aku mencampakkan diriku?
Di kiri sakit,di kanan pedih…

Allah,Allah..
Aku ingin kembali padaMu
Tapi Kau selalu tegaskan padaku
Jangan putus asa akan rahmatMu kepadaku
Tolong pegangi aku,pimpin hatiku..
Aku tunggu..
-Tika bidadari Berbisik-



Bismillahirrahmanirrahim..
Itulah kita manusia,pabila sedih cari Allah,pabila rasa diri diuji cari Allah..dimana kita letakkan Dia sebenarnya dalam diri kita? kekadang Tanya juga pada diri sendiri..Astaghfirullahalazim..
Allah, lembik rasanya tubuh ini untuk menelan hakikat yang berlaku..baru sedar rasanya diri ini tak sekuat yang disangka dan diduga. 

Allah swt sebaik baik perancang, “perkara yg Allah berkehendaki berlaku ia pasti akan berlaku, kun fayakun..”
“Hendaklah kamu katakan  semua itu datang daripada Allah” an-Nisa:78
“janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah”surah Yusuf:87

Disaat rasa sepi, keseorangan buntu dalam lautan manusia hari ni, mulalah hati berbisik sendiri bertanyakan siapakah teman yang sentiasa di disisi. Alhamdulillah dalam kalangan ribuan teman yang pernah hadir dalam hidup ini tiada satu pun yang pernah mengecewakan melainkan diri saya sendiri yg mungkin pernah menyakiti teman seperjuangan..

just want to be a best friend like sponge bob n patrick star..;)

biasalah kan,lumrah kehidupan..ingin disayangi, diperhati, dilindungi. begitu juga pada cinta yang hadir, rasanya boleh di kira dengan jari berapa ramai jejaka idaman yg pernah mengisi ruangan hati. datang dan pergi, silih berganti.. begitulah lumrah,pernah terbaca petikan yang mengatakan "akan ada individu yg hadir dalam hidup ini dan pergi dengan membawa sekeping hatimu".

Allah swt yg membolak balik kan hati kita.
manusia ni lemah dan hatiinya mudah berubah..Allahhu :'(
dan kita sebagai manusia lemah,sememangnya lemah..
solat mengajar kita bermula dengan takbir "Allahuakhbar" Allah maha besar dan nyata sesungguhnya Allah maha kuasa..kita tidak sempurna dan takkan mampu untuk menjadi sempurna.. 




Kadang2 aku kuat, kadang2 aku lemah. Ya Rabb, peliharalah hati-hati kami. :'(

Monday, 22 April 2013

Dear Allah,please pick me up.


Kadang-kadang kita terlupa,
kita jauh daripada Allah,
lalai dalam menjaga hubungan kita denganNya.
Sebab itu jangan ditanya kenapa kita lemah saat derita menimpa,
kerana kita rasa bantuan itu tiada daripadaNya.
Ubatnya adalah mendekat.
Biarlah dahi kepada bumi melekat.


Allah,betapa rindunya aku untuk kembali 100% mengingatimu,
betapa rindunya untuk merasai getaran jiwa dan air mata,
kerana takutkan dosa-dosa lampau.
Betapa rindunya untuk sujud dengan penuh kekhusyukan
Betapa rindunya untuk merasai sepenuhnya,
erti sebagai hamba yang hina.:'(

Dear Allah,thank you for loving me..

Sunday, 14 April 2013

I LOVE YOU ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim..


Sabda baginda rasul,”ssungguhnya Allah itu berada lebih dekat daripada urat lehermu..”

Ahamdulillah, saya sebenarnya tengah hepi sangat..hepi utk banyak sebab tak tahu macam mana nak susun ayat, saya mintak maaf klu apa yg bakal saya perkatakan ni salah, maaf kan saya, saya tak sempurna, kita semua tak sempurna.
Saya pernah dengar daripada seorang ustazah yang saya kagumi,ustazah Fatimah Syarha,mengatakan bagaimana  ingin hadirkan rasa cinta kita pada Allah swt:

1)      Kenal Allah
2)      Berbaik sangka dgn Allah
3)      Cintai apa yg Allah cinta
4)      Benci apa yg Allah benci
5)      Agungkan Allah

Kerana sesungguhnya kita sebagai manusia ni tak pernah cukup, tak pernah puas.. malah ada yang mengeluh dengan setiap ujian.

Allah swt berfirman dalam surah al-Fajr:
“maka adapun kebanyakan manusia apabila diuji oleh tuhannya dgn memuliakan dan dimewahkan hidupnya, dia akan berkata ‘Tuhan telah memuliakan daku’, dan jika sebaliknya jika diuji oleh Tuhannya dgn disempitkan rezekinya dia mendakwa dgn berkata ‘Tuhanku telah menghina daku!’ “(ayat 15,16)


Itulah kita pada hakikatnya,dan Kita sebenarnya tak tahu dan tak sedar bahawa Allah swt cintakan kita lebih daripada kita cintakan Dia..subhanallah..

Maaf kan saya,saya sebenarnya nak berkongsi rasa cinta sememangnya perlu ada dalam diri kita sebagai hamba kepada pencipta.

alhamdulillah..sahabat,izinkan saya berkongsi kegembiraan saya,
lately,I hv involved in uitm library photo contest, masuk contest sekadar suka2 je,amik gambar then hantar kat kaunter tu tak laa susa sangat kan..tapi terdetik jugak di hati “ ‘kalaulah’ terpilih gambar yg saya hantar ni kan…”

Alhamdulillah...
Allah maha mendengar…terkejut nya saya..



 daa siap tertampal d notice board dlm library  daa gambar yang saya hantar..



thausand thanks to my beloved friends,ida su n jannah..mereka ni laa model dalam gambar yg di hantar..haks,tq taw u olls.. :)




gaya awk tu cik jannah,daa mcm amik gambar ngan 'retis' daa..haks >.<
Alhamdulillah, dalam ramai2 students kat  kampus tu, tak sangka plaks kami boleh menang..klu student fakulti ac110 tahu ni,haks maluu la saya..gambar d 'notice board' tu akan di tampal selama sebulan(kita,kami semua tengah bercuti ‘sem’ pada waktu tuu) nasib baik…^_^

then,one more thing..alhamdulillah syukran ya rab..
daa abes daa semester ni, tak sabar nak masuk semester baru, blaja subjek baru insyaAllah.. tak sedar sebenarnya kami semua sedang menuju ke semester akhir.. rasa macam baru kenal je ngan u olls,tapi tak lama lagi daa nak berpisah daa kan.. 





kita bertemu, berkenalan semua sudah tercatat..selamat bercuti buat u olls, students ac110H khususnya, gunakan masa sebaik mungkin. time lost cannot be recalled,remember.!
dan, berbaik sangkalah pada Allah swt
"Aku sentiasa berada dalam sangkaan hambaku.."hadis sahih riwayat Bukhari..
gonna miss u olls :)

love u friends, LOVE YOU ALLAH.. .<3