Thursday, 31 December 2015

Cinta Bersatu..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. salam sayang, salam cinta..
paling bahagia dalam hidup sesiapun diluar sana adalah tika mana kita akhirnya bersatu dengan dia yang kita cinta..dia yang selalu ada dalam doa kita..kan.. "seriyeslii"

sebenarnya entry ni dah tiga bulan lebih aku simpan dalam draft kat blog ni sebab tatau perlu ke tak perlu aku share pasal ni.. but then, cerita hepi la kita nak share kann? siapa yang rajin baca, baca laa.. hehehe.. aceli aku sendiri tak tahu nak start macam mana..

AllahuAllah..syukur tak terkata, air mata menggambarkan segalanya.. siapa tak gembira bila akhirnya bersatu dengan seseorang yang kita cinta... kan?

Mohammad Azlan Mahmood, ramai orang panggil dia 'matle'. Tak pasti sejak bila lagi kewujudan dia dalam hidup ni, tapi yang pastinya aku kenal dia since 2007, masa tu kami form 4 di kem kijang sama sama pengakap dan berkhemah di sana. "Budak Maahad lelaki tu hebat2 kan.." "waaa..hensem laa budak maahad tuu.." "bes laa dia baca al quran.." bla bla bla..
all this kind of things laa buat kepala aku serabut..haha..aceli, deep inside nak kenal jugak siapa yang di maksudkan tuu..bising jaa geng sekolah lain dalam khemah sebelah duk bergosip.. everywhere aceli, diaorang duk sembang jaa pasal budak maahad lelaki.. naik menyampah aku.,

last2 aku tanya kawan laki budak sekolah aku, masa makan di kantin.. siapa nama budak maahad yang budak pompuan duk bising2 tuu.. then, terbongkar laa..si matle dengan atiqi.. dua org ni close sgt.. p mana jaa berdua..hmm not bad laa..tapi dalam hati ni benci gilaa.takde la hensem sgt pon..! haha.. 
ok sambung sikit lagi,
aku tak tahu laa jampi apa yang budak maahad laki tu guna, bila turn diaorang perform kawad kat medan kawad jaa, penuh budak pompuan p berlari nak tengokk..naik hangiinn betoll aku.. ye laa, time tu aku pon boley tahan gengster gak laa..klu benci, aku terus terang.. haha(budak2 sgt..)

dipendekkan cerita nya, sampai laa satu hari tuu, tak tahu laa awat, tetiba komander kawad mintak gabung sekolah aku dengan maahad laki tu mintak kawad sekali..ya Allah, time tu tuhan jaa yang tahu perasaan aku betapa menyampahnyaa.. hak lain, dah senyum2 sengih sengih..ye laa, seolah olah dapat kawad sekali dengan geng k pop..haaa lebih kurang cetu laa..hahaha!
hak tak leh blah nyaa.. masa komander bagi arahan kekanan lurus(angkat tangan ke bahu dan pandang kanan,) tahu tak siapa sebelah aku..? mat le!!! si azlan tu laa..! sebelum ni aku ingat dia rendah, sekali angkat tangan, "eh tinggi jugak pakcik nii.." ingat lagi ayat tu sampai ke hari ni...
haha..sabo jaa laa...ni laa dia mat le tuu..:



tak tahu laa tang mana hensem dia..ahahaks..

start daripada form 4 sampai habis kami berpengakap masa form 5, sepatah ayat pun tak pernah kluar ayat daripada mulut aku ni nak bersembang ngan depa..memang tak laa kot..



haa, ni laa aku masa form 5 la kot.. gengster sekolah >.<

ok habis cerita pengakap..

SPM:
Tak laa jauh mana beza masa tuu, habis spm lepas dapat result, of kos laa duk kalut ribut apply 'upu' kan.. setahun selepas tu laa, 2009.. 2008 kami spm.. haa lepas dapat result, ingat lagi time tuu penuh mall dengan students lepasan spm duk apply uni di karnival 'jom masuk u' .. aku dengan kak nini (kakak aku) masa tu.. ya Allah hai..punya laa ramai student duk berpusu pusu dalam mall tuu..
tetiba datang orang tegur aku,"muni dapat berapa spm ?".. aku pusing tu tengok, tup tup..ya Allah Azlan! rajin betul menegur..klu dia tak tegur tadi, memang aku buat tak kenal daaaa... so kami berhuhu sambil share result... agak gempak laa result dia..(tepuk sikittt..) dalam hati aku ni.. hmm memang tak lawan laaa... so babaii..n balik.. sembang sekejap jaa..sempat jugak k nini amik gambar kami masa tu..tapi daa ilang..hehe

2011:
lost contact dengan pakcik tu, perasaan benci masih menebal dalam diri.. memang aku kekal dengan prinsip tanak rapat dengan mana2 lelaki n aku nak fokus belajar(kononn!). ok ni cerita raya 2010. bla bla bla..tiba laa hari raya aidilfitri 2010..raya ofkos la aku kat kampung kan.. hmm tup tup dapat mesej kawan aku(suziana) dia memang 'kamcing' laa dengan geng pengakap budak maahad tuu.."muni budak2 maahad laki nak g raya umah muni nii..muni free tak..?" mak aii terkejut of koss laa..asal nak datang rumah aku, aku bukan rapat pon..buka pernah sembang pon..dahla laki.. inisiatif yg aku ami"maaf laa suzi, rumah muni ramai gila ni..tak sempat nak melayan diorang..." so habis.. masih di hari yang sama, dapat mesej lagi.."muni, diorang kat rumah saya lagi ni..muni dah free blom..?" "eh, suzi muni nak solat ni...dah zohor.." centu jaa... dan aku tertidur samapi zana asar abah kejut.. kali ni dapat mesej daripada org lain plak" muni, matle ni..ada rumah tak?kami nak g beraya.." fuhhhh... tarik nafas, hembus, tarik hembuss... "hmmm ok laa, jemput la datang, lpas solat asar.." tatau la awat aku p jawab centuu.. malas nak layan, aku pakai ja tudung segera tu, langsung tak rasa nak make up ke apa..tak sabar nak tunggu diaorang datang n balik cepat2! hahaha...



dua daripada kiri tu abah..tatau la awat abah jadi suka dengan budak2 ni..huuu



eh eh eh eh.. aku pun kena masuk gambar sebab abah suh masuk wat kenangan.. sengihh!


rasa macam makcik2 pun ada masa jumpa diarang..haha..(adess letihnya menaip)

lepas jaa jumpa hari raya tu, malam tu jugak aku dapat mesej daripada azlan tuu..awai2 aku panggil dia lann.. mesej gud night laa..tanya khabar laaa.. aku pun respon centuu jaa laa sbb tak suka diganggu kann(kononnnnya..!) aku kan tak suka.. memang geng2 dia terer2..tapi tu tak menjadi reason untuk kita suka someone kan..part takleh blah, dia mesej aku tanya"muni study habis bila..?" "lambat lagi lann..bertahun tahun lagi kot.." boleh bplak dia jawab.."ok la takpe, saya tunggu awak habis belajar.." ceahhhh ayat dia.. aku pn off handphone!


hari berganti hari, start la kawan add dalam 'fb' bla bla.. satu ja aku puji dia, aku tahu aku ni tak cantik pon..tak baik sangat pon..tapi he keep trying.. berani laa.. kadang kita ni pompuan, terharu jugak laa kan.. tapi tak sesenang tuu.. sampai la tahun 2012 kot.. awal2 tahun tuu.. aku student uitm, dia pulak blaja di uia.. tapi still keep in touch.. rajin naw dia mesej aku..kadang aku pening jugak, awat duk tackle aku, macam takde org lain kat uia tu kan.. hahaha.. aku ni lemah weiii.. nak berpegang dengan prinsip
"benci biar sebenci bencinya..jangan sampai jadi sayang.."
haha !
tapi pada tahun 2012 klu tak silap aku, aku ada terbaca komen kawan si azlan ni kat fesbuk dia.."bess aa kau jadi imam terawih.." lebih kurang centu laa ayat dia.. sentap kot..! maka bermula pada hari tu laa..hati ni da lembik weii.. haha..rasa nak buka untuk someone like him..
"kenapa susah2 nak cari orang yang baik, jika yang baik tu ada depan mata.."
mula daripada hari tu juga lah, aku layan mesej dia baik2 jaa, rajin pulak aku solat istikharah..solat sunat tahajudd .. kerana cinta dalam hati dah ada, mula lah aku rasa akut kehilangan dia.. aku tak pernah declare pun perasaan aku, tapi aku rasa dia paham dengan sendiri.. aku tunggu dia mesej, kami sama2 support tiap kali final exam.. nak jmpa memang susah sebb dia di uia kuantan, aku di uitm kelantan.. kadang, dia datang rumah, jumpa ma abah aku je sbb aku takde.. tu lah cara kami nak declare dekat parents kami tentang relationship ni.. alhamdulillah.. ma abah ok...

Dunia Baru:

hujung tahun 2014, dia da habis belajar, konvo dia time tu aku datang jaa.. buat muka tak maluu, padahal malu gila nak mamposs kot..huu..jumpa mak dia n mak sdara n sepupu sepapat.. kononnya nak p bagi bunga jaa tinggal kat mak sdara dia, but then kena sekat dengan mak sdara dia untuk sesi kenal2 so aku stay smpai dia klua dewann(seriyess panas) time tu kat uia gombak.. huuu..yet, im happy for himm* tepuk2.. 


hujung tahun 2014 tu jugak laa dia menyatakan hasrat nak kawen dengan aku,,masyaAllahh.. terkejut kot..rasa macam..ya Allah awalnyaa.. dia pn baru habis konvo..takde keje tetap lagi..aku ok jaa, parents aku pon.. cuma aku amik pendekatan untuk tak contact dia sekejap, bagi masa untuk aku dengan Dia maha mengetahui..aku istikharah tiap malam 7 hari nonstop..

serius:
awal2 tu dia buat bisnes jual ayam potong/ayam gunting sementara tunggu job masuk.. aku ingat lagi banyak kali dia tanya aku ok ke tak klu dia keje ceni jaa, jual ayam.. aku memang dalam dua, kadang takut kadang yakin.. tapi jawapan aku always positif..aku nak support dia, aku tahu dia budak pandai, takkan selamanya dia tak dapat job kan..takut jugak life lpas kawen pasni dia give up ke apa..dunia harini, tak macam dulu kot.. doa, aku doa mmg doa laa sungguh2 untuk org yang aku syg.. lepas ja dia maintain dengan kerja jual ayam gunting tuu..boleh dikatakan tiap malam aku dengar rungutan dia penat..letihh..hujan..gerai basah, customer tak ramai..bla bla..sedih kot aku.. doa lagii..at the same time aku nasihat dia why not cari kerja area kl..? banyak kot company..keje biasa2 pun ok laa.. tak la letih ceni kan..he refuse, dia kata tanak tinggalkan kampung..life di kampung lagi rendah kos dia.. hmmmm aku pn sabo ja laa..huuu

tup tup one day, dia mesej aku kata ada interview area klang.. masa tu aku sambung blaja di shah alam daa.. so, dat news such a good news of kos..! aku support ja dia cakap klu perlukan pertolongan aku, aku ada.. so, sampai la dia di airport subang tu aku p amik, aku teman dia p sampai klang.. tolong susun file2 dia(nak tunjuk yg aku ni support gila2!..haha) sampai aku tertido dalam kete tunggu dia interview..last2 tak dapat..huuu.. takda rezeki kan.. then, banyak kali jugak lepas tu dia ada interview area kl, aku mula nampak kesungguhan dia nak cari job, mybe untuk future kami kan.. so, terharuu beb..!
 sampailah one day, he decided to stay at his aunties's house.. ok la rumah makcik dia kat pj(petaling jaya). percaya atau pun tak, sebulan aku bagi dia pinjam myvi aku.. seriyess..!
aku sanggup p kelas jalan kaki weii..! nasib bek dekat ja kelas dengan rumah sewa aku..tapi berpeluh gak laa..hahaha..
then dapatlah kerja di satu company tu as a operator.. ok la kan.. alhamdulillah finally..!

so, dia dah jadi org 'key el'..! dan aku teruskan perjalanan as a student di shah alam..

serius tahap ii :

ada la beberapa kali dia belanja aku makan, nak makan di restoran mahal aje.. huuu.. so, rasa macam x sedap jugak jumpa2 n makan2 centu kan.. aku pun fikir ma abah aku.. fikir jugak air muka dia budak sekolah agama.. so, smpai la satu hari tu, dalam kete aku laa..kat rumah makcik dia, aku tanya dia , dia dah start serius nak p jumpa parents aku minggu depan centu laa..aku ni 'dup dap dup dap..' daa.. sampai aku tahan ja mata ni daripada berpeluh..aku tanya dia "betul ke ni awak nak kawen dengan saya,..?ni bukan main main tau..kita nak tempuh dunia baru.." then he silent for a while, gosok2 mata yang tak gatal, buka spek, pakai spek balik..senyappp je....... then he replied "lama dah..lama dah saya nak kawen dengan awak.." (so touching..!) terharuuuu.. aku drive balik rumah berair hidung kot.. ya Allah ya Allah betol ke ni...sometimes aku rasa dia ni antara laki yang paling gentleman aku pernah kenal.. seriyess! 

2015, tanggal 08/06/15 family dia datang merisik, masa tu kebetulan aku balik kampung, tak tahu n memang tak plan pon dengan dia kata ada rombongan merisik ceni kan..dengan makeup nya tinggal di shah alam, tudung n baju n semua laa.. adusss, nasib baik ada baju raya..tudung pinjam adik aku punyaa..!dasyat naw... huuuu.. Allah sebaik baik perancang kan...

maka bermula kisah aku sebagai tunangan orang la kot, sbb kita dah sepakat dan setuju nak kawen kan.. bincang punya bincang, tunggu abah balik daripada kursus, kami setuju nak decide tarikh kawen pada hari raya aidilfitri ke dua di rumah pihak lelaki lah pulak..
ingat lagi masa tu, abang2 aku balik kampung pulun punya pulun nak kemas rumah sebab aku anak pompuan pertama yg kawen, daripada luar rumah sampai lah kedalam bilik..masyaAllah..baik naw depa semua berusaha balik kampung...terharuuuuu....



ceahhh malu malu kambing..huuu

so, ni lah masa hari raya ke dua kat rumah dia, tarikh da decide dan semua stuju..so Alhamdulillah..aku plak masih ragu ragu betul ke tak ni majlis aku.. ya Allah haii, masa berjalan jaa tak tunggu aku..tapi aku yakin dengan ketentuan Allah, dengan redha ma abah aku.. insyaAllah.. teruskan jaa hari2 aku mcam biasa... 




slowly persiapan di buat, p jakel laa.. nagoya laa..cari kain..sbb baju akad nikah nak jahit sendiri, da rest sewa jaa kat butikk.. pantang cuti sikit, aku balik ja kampung tolong ma aku mana yang patut..owh lupa nak bagitahu..tempoh baki hanya ada sebulan lebih.. huuuu.. agak kalut dan ribut laa persiapan yg dibuat.. aku serah jaa semua ni, buat setakat aku mampu...insyAllah..



setelkan borang nikah pun satu hal, penat gak laa p jumpa pak imam nak bagi betul2 complete, dua tiga kali gak laa..huuuu... tapi alhamdulillah ok jaa.. si alan ni pulak, kat kl sebab keje.. so, aku, ma n adik aku jaa duk ulang alik p kedai cari barang, tgk baju semua.. ma agak memilih, so kena bagi ma puas hati..huuuu.. aku ikut jaaa...
"eh betol ke aku nak kawen ni..?"



 persiapan dibuat sikit sikit tanak penat nanti kan.. so alhamdulillah.. berapapa banyak kali pun aku tanya diri aku, betol ke tak ni majlis aku, kadang rasa tak percaya.. dengan soalan bertubi tubi daripada orang luar..tanya perasaan laa..bla blaa.. aku rasa cam..hmmm serah semua ni pada Allah, aku yakin ini yang terbaik..insyAllah..



sampai la satu hari tuu.. penat sangat duk ulang alik.. tido pun ntah cukup ntah tidak..huu.. aku pulak sakit..hadeiii..ujiann gak la nak jadi pengatin ni.. meski dan banyak kaki dan tangan yang menolong..at last aku pengsan... kena p jumpa doktor.. huuu sabo ja laaa..masa tu ada lagi dua tiga hari sebelum majlis... but then, alhamdulillahh..Allah maha mendengar.. 



dan dengan izin Allah swt, hari yang ditunggu tiba.. semuanya berjalan lancar..tanpa sebarang masalah,.. alhamdulillah.. makanan cukup, door gift cukup, tetamu pun ok..alhamdulillah.. alhamdulillah.. Allah maha penyayang...


sebelum ke masjid.. 

paling hensem sepanjang perkenalan kami..seriyes..!

of kos hidung akan berairr..huuuu.. ehhh..sedihh wei..!


ni haa geng2 dia.. so layann jaa..

my abg ngah n sis in law kak alya..mmuah ciked!

my bes friends ever..!

aunty n uncle from shah alam.. masyyihhhh tau datang!!

cuzi n sister yang omel2..!

so finally, boleh pengang mana2 ja tanpa ragu raguu..huuu..tapi still malu..seriyess!


geng uitm machang kelantan..love you gegirl!

ni pun uitm's gang.. lilyn..pregnant dia time nii..waaaa!
majlis bertandang.. di rumah pengantin laki..ececehh... 


and finally, saya jadi isteri awak mohammad azlan.. dan awak .. awak dah jadi suami saya..subhanallah..alhamdulillah..cantik..cantik sangat aturan Allah ni..meski kita dah rancang, rancangan Dia tetap yang terbaik..jika belum baik pada kita..maka tu bukanlah pengakhirannya lagi..sabar.. tunggu dan doa jangan lupa... daripada panggilan alan dan muni, kini dah jadi abang dan sayang .. huuu, both of us, finally getting married at aged of 24!! muda tak?..ok laa kan.. boleh main sorok2, kejar2, geletek2.. ehhhh... hehehe



alhamdulillah.. 

hotel de la ferns cameron highland menjadi lokasi our 1st honeymoon.. ceahh honeymoon la sangat sehari jaa.. aku rushing balik shah alam, cik suami pulak rushing nak balik keje.. so alang2 lalu, kami singgah la bermalam.. sueiit jugakk.. especially masa p pasar malam tu, makan ubi rebus, manis jaaa.. sampai harini aku ingat,.. bes sangat moment tuu..jejalan kann.. huuu


alhamdulillah.. alhamdulillah...ALHAMDULILLAH

so, sampai sini la dulu story kisah kami, klu ada sapa2 hak terbaca entry sebelum ni, part jiwang jiwang.. romantik semacam tuu.. ni laa dia orang tu.. yang kadang buat kita ragu, kadang yakin..
satu hal aku nak korang yakin, yakin dengan Allah.. manusia ni lemah, boleh berubah.. kita kena jadi antara orang2 yang bersyukur, apapun yang jadi ada hikmahnya, Allah maha mengaetahui, Allah takkan sis siakan hambanya yang berdoa.. klu kita pernah jumpa orang kita kata sebaik malaikat, inikan pula Allah swt. Allah maha penyayang.. doa jangan lupa.. tu lah senjata kita yang paling beharga.. jangan sampai kita lupa Dia.. Dia dah bagi kita segalanya..


usia perkahwinan kami dah nak masuk bulan ke lima alhamdulillah syurkur.. tak pernah bermimpi pun, hasrat ni akan tercapai, hidup meski baru nak masuk 5 bulan bersama tersayang, bersama individuu yg kita takut sangat dulu tak dapat bersatu.. akhirnya bersatu jua dengan izinNya..ni antara nikmat Allah kurnia yg sangat2 beharga kukira..

lagi bahagia bila mana kini aku sedang hamil dua bulan lebih... yes! i am pregnant..! alhamdulillah...see! Allah maha pemurah, jangan kita sia sia kan segala kurniaan Nya.. jangan mudah berputus asa, jangan mudah marah dengan apa yg Allah takdirkan buat kita..kerana Allah maha pemurah.. Allah akan bahagiakan setiap hambaNya.. remember..!

buat suamiku..: Mohammad Azlan Mahmood..


tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya kerana akhirnya cinta kita bersatu,
doa sayang, 
moga kita berdua sama2 kuat dalam usaha melayari bahtera cinta..
susah senang abang, sayang harap sayang sentiasa ada..
meski kadang kita jatuh, moga ada antara kita yang menguatkan..
asal abang tahu, setiap daripada isteri tak pernah mengharapkan balasan cinta mereka dengan  kereta, mahupun rumah yang mewah..
cukup lah kasih sayang berpanjangan..
doa yang berpanjangan daripada suami..

meski baru saja melayari bahtera ini, kadang kita terasa..
tapi untuk individu sebaik abang..
macam mana hati yg terluka untuk terus terluka,
macam mana hati kecil ni untuk terus tidak memaafkan,
macam mana diri yg lemah ini terus kekal dengan prinsip asal utk terus berkeras.......

untuk individu sebaik abang..
untuk seseorang yg sabar macam abang..
untuk seseorang yg tabah macam abg..
sayang hanya berharap dapat jadi yg terbaik..
walaupun sayang tahu sayang tak mampu..
sayang cuba..
demi segala kebaikan abang..

doa sayang lagi..
tak kira berapa kali pun sayang merajuk dengan abang..
berapa kali pun abang menyampah dengan tindakkan sayang..
mudah mudahan sayang sentiasa..
sentiasa ada di hati abang.....









thanks for everything.. moga cinta ini kekal hingga ke syurgNya.. insyaAllah.. ;)


Thursday, 2 July 2015

Seorang lelaki

Ada seorang lelaki yang mengajarku,
bahawa cinta bukan segalanya indah,
dan cinta tak mengenal usia.

Dia mengajarku bahawa,
Dalam cinta,
Darjat lelaki tak pernah tinggi daripada wanita.

Dia juga mengajarku bahawa cinta sejati 
takkan berakhir,
Tapi akan kekal hingga ke Syurga.

-Dialah ( Nabi Muhammad saw )



Moga dalam diammu ada doa untukku. Moga ketika kita saling tidak menyapa dihatimu tetap ada aku.

Monday, 1 June 2015

Anugerah.. .

Andai Allah takdirkan satu nama dihidupku,
Sungguh, aku ingin namanya yang terakhir untukku..
kerana padanya ku temui sesuatu, yang sukar di gambar dan di bahas..
ku yakin hatiku turut memilihnya..
Padanya aku temui kesedihan, padanya juga hatiku rasa tenang..
Ada sesuatu yang ada padanya, tiada pada yang lain..
ku sedar,
Jauh lagi jalan yang bakal ku lalui, banyak lagi ujian dan dugaan bakal diharungi..
tertanya ku sendiri.. jalan manakah yang harus ku tempuh?

Agar...
Agar bisa memilikinya dan agar dia sedar betapa penting akan kehadirannya..
Hanya satu kata yang ingin kuucapkan dari awal pertemuan,
di awal hadirnyaa perasaan ituu..
"ku cinta kamu kerana Dia.."
meski banyak kali tersasar, terlupa akan perasaan ini hadir hanya kerana Dia..
Aku ingin sekali Dia berikan kita kesempatan untuk memiliki satu sama lain..
Untuk saat ini, esok, lusa dan selamanya..
insyaAllah..

perasaan cinta itu fitrah, ada pada setiap manusia ciptaanNya..
siapa aku yang ingin membahas soal cinta, sedar akan kelemahan diri ini..
bersyukur untuk perasaan yang hadir, jauh lagi bahagia andai tahu dia juga sama..
persoalan yang sentiasa ada di 'benak'

"setiakah dia, sampai bilakah perasaan itu akan ada..?"

Dunia oh dunia..semuanya sementara..
yakin adanya Dia yang memberi bahagia dan derita kepada setiap antara kita..
bakal pengantinkah aku..? yaa insyaAllah dengan IzinNya..
yang pasti, bakal jenazah itu memang aku..


andai, aku pergi dulu sebelum ku tumpuh ujian sebagai seorang isteri, seorang ibu..
andai aku pergi dulu sebelum aku bergelar pengantin perempuan bagi dirinya..
Allah...cinta apapun ertinya..aku yakin ianya satu anugerah!
Andainya di dunia sana aku di beri pilihan untuk memilih..
sungguh, dengan seikhlasnya aku ingin seseorang sama sepertinya.. !

Ya Allah..sungguh engkau maha pemurah,maha penyayang..
nikmat yang engkau berikan begitu banyak sekali..
aku sedar antaranya ialah perasaan ini..
perasaan yang sukar dilupakan dalam setiap doa2..
keliru agar di permudahkan atau agar dibiarkan pergi sejauh jauhnyaa..
Anugerah... Alhamdulillah,.. 



Sincerely to : MAM



Monday, 13 April 2015

Worst Feeling..


Soalan:
Apakah hukumnya seseorang yang menuntut ilmu tetapi sering kali tergelincir dalam dosa dan melakukan kemaksiatan?
Jawapan: Seseorang yang menghadiri majlis ilmu tetapi sering melakukan dosa bermakna seseorang manusia bukanlah maksum, bukan nabi atau rasul dan cuba berperang dengan nafsunya.

Tetapi akhirnya dia tersungkur juga ke dalam dosa dan juga kemaksiatan maka apabila dia duduk di dalam majlis ilmu maka dia yakin dia mempunyai Rabb yang Maha Pengampun,
Apabila dia duduk di dalam majlis ilmu dia tahu dia tidak boleh berputus asa dengan Rahmat Allah ï·» dan dalam pada masa yang sama dia tidak boleh merasa aman dengan azab Allah ï·».
Maka hendaklah seorang yang berilmu apabila dia tersungkur dengan dosa dan kemaksiatan, cepat-cepat dia bertaubat kepada Allah ï·» kerana tahu ia berdosa dan melakukan kesilapan,
Kesalahan terhadap Allah ï·» dan dia tahu pintu taubat Allah ï·» masih terbuka lagi untuk dirinya maka dia pergi menuju kepada Allah ï·».
Maka jangan sampai tersungkur nya seseorang itu, berkali-kali di dalam lembah maksiat menyebabkan dia berputus asa daripada Rahmat Allah ï·» kerana itu adalah tanda lemahnya iman,
Tanda lemahnya ilmu mengenai Allah ï·» dan rahmat-Nya meliputi segala sesuatu.
Maka disini ada takut dan harap, bukan sahaja hanya harap tetapi bersama dengan takut.
Seseorang yang mempunyai harap dan takut, maka ia mempunyai sayap yang boleh memenuhi untuk terbang tinggi kepada Makrifat Allah ï·», untuk sampai kepada keredhaan Allah ï·».
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, Guru Mulia Tassawwuf, Darul Muhibbin.
Wallahua'lam.


Peringatan buat diriku sendiri dan kita semua.

Friday, 3 April 2015

People change.. .





 Jap ,sedihnyaa.. nak nangissss.. Allahu Allah.. memang pun, aku dapat rasakan kekuatan untuk menaip hadir tika ni laa..tika serabut, tika rasa nak luahkan segala benda yang aku rasa orang takkan baca..

nak Tanya, pernah tak ada orang bagitahu “kau ni memang tak boleh harap.”, “susah betul laa klu nak mintak tolong!” something like that.. malas rasanya nak bagi contoh lain..berderai derai air mata ni klu teringat ayat2 kasar tu..
alhamdulillah.. di umur aku ni, walaupun tak banyak lagi, aku dah rasa banyak benda… macam awak2 semua rasa... adik beradik, kawan kawan, orang sekeliling yang kita sayang.. kadang kita dapat rasa bagai kita tak dihargai.. kan..

pernah tak dengar ayat nii..” kerana satu kesilapan, hilang semua kebaikan..”
aku biarkan tangan aku menaip apa yang otak aku fikir, apa yang hati aku rasa tika ni.. pedih jugak laa.. aku suka guna ayat, kadang, orang tu tak tahu kita sayang dia lebih daripada dia sayang kita.. orang tu tak tahu kita rela habis duit banyak kerana sayang ..apalah sangat nak di bandingkan dengan duit..” tenaga.. perasaan.. masa.. tuu semua biasa untuk orang2 yang kita sayang..

seeloknya, sebelum membenci, sebelum keluarkan kata kata kasar, tilik dulu, tenung balik apa orang tu pernah buat kat kita.. kita semua di lahirkan, di ciptakan dengan hati dan perasaan.. orang yang pernah rapat dengan kita, mustahil tak pernah bekorban untuk kita.. tak pernah buat baik dengan kita.. kan.. so, why u easily can say that “you are such useless!”

Allah… pedihh taw.. walaupun ayat tu pendek, walaupun ayat tu simple.. tapi, rasa bagai di tikam dengan pisau bertalu talu..



Dear kesayangan semua.. 

aku kebetulan rasa sebab time adik aku marah haritu sempat jugak dengaq ayat lebih kurang mcm tuu.. then, hati rasa terhiris sikit(sorry adik ;p) ..biasa laa budak2 nak perfect semua benda, padahal dah macam2 kita bagi..
jeles, sakit hati what so ever laa istilah dia.. aku Cuma nak nasihat, untuk diri sendiri jugak sebenarnya.. No matter whoever da person,that support you, encourage you to become the one who you are today.. always bear in mind, they are such a good people who give you color in your life! Notice it. Please...

Kadang, kadang laa kan.. Tanya diri sendiri banyak mana dah pengorbanan dia untuk kita.. banyak mana plak pengorbanan kita untuk dia.. aku tak berani nak bagi nasihat sangat, nasihat laa diri sndiri yang lemah ni.. yang serba kekurangan ni.. 

lets me repeat, sebelum membenci tu, cerr pejam mata, fikir dan renung balik apa memori kita dengan dia. Klu kawan, mesti dia kawan yang baik kan.. kawan aku semua baik, susah laa nak terasa untuk benda remeh temeh ni.. adik beradik atau sesiapa ja laa..

Aku malas nak baca apa yang aku taip, rasa macam panjang daa nii.. jam pun dah pukul 11.57pm.. so, sebelum aku stop, aku siti munirah mohammed pauzi, adik kepada abang dan kakak aku, kakak kepada adik2 aku.. kawan kepada kawan kawan aku.. kesayangan sesiapa sahaja di luar sana.. mohon maaf.. atas segala kekurangan diri.. maaf jika segala usaha aku untuk membahagiakan orang di sekeliling aku ni gagal.. maaf andai gagal untuk menjadi sahabat yang baik.. gagal menjadi kesayangan yang baik.. tak kisah laa apa pun.. aku minta maaf.. stakat tu sahaja pengorbanan aku mampu beri.. maaf.. sakit sangat rasaa.. jika kau Berjaya capai apa yang diimpikan satu hari nanti.. tahniah.. aku akan bahagia, kerana untuk orang yang aku sayang semuanya.. andai akhirnya bahagia.. maka, begitu juga aku.. (emosiii sgt malam ni..huuu )

in memory
people change, and often they become the persons they said they will never be.. .

Friday, 6 February 2015

Back to the basic..

After few days, 

i have thinking by myself, asking lots of people out there about all the stuffs that burden my head.. till one day, one of my classmate come to me and ask me da simple question dat i dun think i can give the rite answer or not..

“muni, kenapa lama tak datang usrahh.. kakak naqiba Tanya kenapa muni tak datang..”

Usrah ni, aku mula berjinak  start daripada tahun lepas, kenapa aku join? Nak tunjuk aku baik ke? Nak jumpa ustaz2 kacak kat kampus..?haha...hmmmm of kos not. Aku tahu aku tak baik, susah betul nak jadi baik ni.. i strongly believe dat i need knowledge till i die.. Allahu.. sebelum ni memang aku x miss kot usrah.. tapi, tak tahu la beberapa minggu sebelum ni aku jadi malu.. malu nak join..

“I just... feel like i’m not deserved to sit and be with them”...



maluu sangat...

berbalik kepada kawan aku tadi, Dewi nama dia.. Dia orang sabah.. baik sangat, siyes dia sangat concern bab bab usrah ni.. kebetulan time dia Tanya tu, aku tengah tunggu kelas, sejam gap.. so, kami sempat duduk dan sembang.. aku cerita sedikit sebanyak masalah aku, sempai berair jugak mata ni.. sedih..


“devi, Allah daa benci muni, muni susah dah nak bangun tahajud.. muni rasa berat dah lidah ni nak berzikir.. “


Allah.. sedih sangat.. Allah ja tahu.. kadang aku rasa nak sangat mengadu, keep asking Him what to do..Tanya ja dalam doa, moga di beri petunjuk.. rasa hati da keras, busuk.. nak hati yang baruuu...

Tiba tiba dia bagitahu..

“muni, masalah kita lebih kurang sama..sebab tu kena datang usrah..”

Hmm till da day comes, usrah ada lepas maghrib di surau.. aku tahu, dewi pun banyak kali remind suruh datang..kebetulan kelas Fin Account aritu bagi banyak assignment yg kena submit pagi esok pkul 8 kot.. dalam ati aku memang berat sangat daa nak datang tapi tetap bagi jawapan positif..

Siyes, aku daa banyak kali perasan tiap kali aku nak buat something good, memang berat.. sama jugak usrah ni.. masih dalam dua nk join.. then, habis kelas aritu pkul 6, aku solat n siapkan assignment takat mana aku sempat.. sampai lah azan maghrib n i stop..


In short, aku paksa diri bersiap n hadirkan jugak diri dalam usrah malam tu.. Alhamdulillah selamat sampai.. fuhhh lega..

Then, malam tu kebetulan ustaz duk ngajar tajuk ‘akhlak’ ..AllahuuAllah..
Tahan ja mata ni daripada berpeluh...


Habis ja usrah malam tu dekat pkul 10 malam jugak, aku gagahkan diri utk Tanya ustaz soalan..

“ustaz, macam mana bagi individu yang solat 5 waktu, solat sunat.. tapi masih cenderung untuk melakukan perkara tak berakhlak dan perkara yang Allah larang.. dan mohon ustaz bagi pandangan bagaimana untuk pulihkan hati yang kotor... “
Jawapan ustaz.. untuk soalan pertama..

“ Back to da basic..solat.. in dat case, klu dah solat tapi masih cenderung buat benda tak baik, there must be something wrong with your prayer..”
Dan soalan kedua..
“sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang.. “Allah......


Ustaz explain panjang lebar, tangan aku plak tak berhenti tulis semua jawapan ustaz... Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.. at least, aku sampai ke tempat yang betul.. tajuk usrah pun macam paham2 jaa keadaan aku..



So, aku terfikir it is better for me to start again.. back to the basic.. 

“boleh tak aku nak start semuanyaa sekali lagi..?” semuanya...

Each of us always have a new chances.. There is a choice either we want to grab it or just let it be... .


aku sebelum ni terfikir, antara cara aku nak release all this stuffs by going to somewhere place.. alone..
pernah haritu, aku nak check in hotel kat pangkor since aku duk shah alam takla jauh sgt..
nak g pulau Langkawi laa.. bla bla. konon nya aku akan dapat ketenangan... aku sempat singgah satu hotel kat shah alam tu, 'Grand bluewave' klu x silap nama dia.. memang aku nak pergi.. rasa nak jaa duk sendiri... but, for what..? boleh ja duk sendiri dalam bilik..kan.. 

at the end of da day, me my myself realize dat... i dun think it helps me.. sebab aku dapat rasa, baca quran dengan penuh penghayatan tu dah cukup.. menangis.. paksa diri menangis time baca quran.. sehelai sehari pun cukup..

so, aku nak start balik semuanya.. semuanya daripada awal.. boleh..? insyaAllah.. .

Saturday, 31 January 2015

syiham, Pija and Ayuuuu... ...

Lately,

Rasa hepi dikelilingi sahabat.. ikut ja kaki nak g mana.. till one day one of us decide to go to Broga Hill. Allah, tak tahu la since when i really want to be there.. orang lain da lama sampai.. hahaks..

And till yesterday, 31/1/2015 my friends n I finally be there!
Subhanallah, pukul 6.15 pagi sampai tuu, ngam ngam dengar azan n solat subuh then terus mendaki.. at first rasa bit weird because should be there are so many people as we expected before, tup tup kami berempat jaa.. syiham, pija, ayu and me.. plus abang kat belakang sorang...
Then tak sampai separuh rasanya, ayu awai2 lagi dah surrender.. takleh nak continue , tunggu laa cik ayu, pujuk jugak suruh naik sama2, but she’s reject and request us to move on.. tinggalkan dia kat bawah.. aceli gelap gulita nak tinggai dia sorang2, sampai la tiba2 ada Hana, tataw daripada mana datang nak temankan cik ayuu.. haks Alhamdulillah.. kami teruskan mendaki bukit yang tak tinggi mana ni.. aceli kami race among each other nak sampai awai kat atas.. kejap syiham kat depan, kejap si pija.. haha macam2..


macam nak berdikir barat pun ada..hahaks..


 Aku pun sebenarnya tak paham, semangat sangat sangat nak tengok puncak Broga.. since daa lama duk pendam nak tengok depan depan.. si syiham pulak duk risau takut semput.. keep asking me da same question “r u ok munie? Otherwise we rest for a while..” aku paham sangat klu berhenti, confirm nyaa nak duk lama.. hahaks.. so, i choose to move on.. rasa macam  tak sabar plus nak hilangkan all the things dat burden my mind.. And till at last Nampak puncak, subhanallah cantikkkk sangatt.. angin plak sepoi2, lalang yang comey2 tu duk joget2.. ya Allah, siyes comey... ramai ‘gilaa’ orang yang daa sampaii..  tak tahu daripada mana datang manusia ramai macam tuu, macam semut pun ada..huuu..



Daa Nampak puncak yang comey sangat2 tu, tiba2 si pija said.. “no guys, i need to rest..” so kami rest jap.. seminit dua minit then sambung.. nak daki puncak yang kena guna tali tu, pija said  “no i cannot... kena setooop, pijaa dah crem ..” then she choose to wait for both of us, syiham n me till we come back to her.. aceli sayang sangat2 laa sebab nak sampai puncak daa kot, tapi siann pija..then aku n syiham terus panjat.. ramai mata duk tengok pun kami buat tataw ja, since kat belakang pun ramai lagi baru yang sampai..



Sampai puncak... fuhhhhhhh... subhanalllah.. rasa nak buat rumah jaa kat atas tuu..haha.. bess sangat!
Kami rehat jap kat atas batu besar tuu, minum air, makan sandwish, mamee.. hmm macam 7eleven pun ada dalam beg masing2..haha.. then i feel “PUASS” !
Apa lagi, selfie laaa after dat... enjoy da moment..








Si syiham boleh plak call abah dia kat puncak tu, aku baru ja gayut ngan abah, then terasa jugak nak  call someone yang pernah call aku masa dia sampai puncak kinabaluu.. hmmm macam takde perasaa time tuun, amik fon n search da name with deeply intention to make a call, tup tup.. kredit takda.. haha.. padan muka aku.. nasib baik la jugak..so, i just enjoy da moment...


 If im not mistaken, there have three peak of Broga, rasa ada tiga.. macam laa.. aku daki lagi ngan syiham satu, then after rest lama jugak..pergi panjat lagi satuuu.. Nampak yang ketiga tu macam sama, dapat laks whtapp si pijaa..”genggg lapor nyaaa” ...lupa plak segala makanan dalam beg kami.. haha.. so we decide to stop at there.. balik ke tempat pija makan2 lagi.. then turun...



Turun tu bes, sebab lagi skali kami race.. berlari kot.. banyak kali jugak nak jatuh.. tapi Alhamdulillah, kami sampai sama2... fuhhh bes sangat.. siyes! Rasa bleh g lagi minggu depan n the next weekend.. hahaks.. the end. 
pijaaa.. 

sebelum kami turun bawah laa nii...


alhamdulillah..walaupun sampai puncak berdua, tapi kami slamat sampai ke tempat mula2 tu bersama.. haks :)