Assalamualaikum wbt ..salam sayang,salam
rindu,salam cinta kerana Allah swt..
Apa khabar iman sahabat harini..?Aaa
rindunyaa nak post entry kat bloggg…heee..
Today is Ramadhan 15 and hopefully it is
not too late for me to wish “ahlan wasahlan ya Ramadhan” J
lamanya muni cari masa untuk post
‘samtim’ kat blog, really hope that I can give something benefit in this entry
insyaAllah.. make Allah the King of our heart, Bismillah..
Sahabat, kita semua tak sempurna kan,
tidak layak menerima pujian, tiada kuasa, melainkan Allah swt sahaja yang
memiliki segala kuasa..
Muni memerlukan imaginasi sahabat
sebenar..bayangggkannn……….
-bayangkan dalam minda sahabat sekalian
individu yang paling sahabat cintai
-bayangkan sekiranya sahabat boleh
bertemu kekasih hati tersebut sekali sahaja setiap tahun..
-Bayangkan sekiranya sahabat mempunyai 30
hari sahaja bersama si dia yg sahabat cintai..
Bagaimana perasaan sahabat setelah
sahabat bertemu dengannya setelah setahun berpisah..?
Dikisahkan pada zaman pemerintahan baginda saw,Para sahabat amat mencintai Ramadhan. Dalam
bulan-bulan yang mendahului ramadhan, mereka akan mengira hari-hari yang
berlalu dengan harapan dapat bertemu dengan Ramadhan. Setelah Ramadhan tiba,
mereka menyambut bulan mulia itu seolah olah menyambut kepulangan kekasih
tercinta..
Mengapa? Mengapa para sahabat mencintai
bulan Ramadhan sampai begitu sekali?
Kerana dalam bulan Ramadhan, mereka dapat
berlari lebih pantas menuju Allah. Mereka tidak mencintai Ramadhan kerana
Ramadhan semata mata. Mereka mencintai Ramadhan kerana Allah. Sebelum Ramadhan,
mereka berlari menuju Allah dengan muatan yang berat-syaitan.
Sekarang, syaitan tiada. Maka, mereka
melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk mereka mendekati Allah.
Equation mereka mudah, mereka cinta
Allah=mereka yang cintakan Allah + mereka cinta apa-apa sahaja yang boleh
mendekatkan kepada Allah.
Kerana itu, mereka cintakan Ramadhan dan
pertemuan dengan bulan mulia ini ialah satu detik yang dinanti natikan. Semoga
Allah masukkan kita dalam golongan yang cintakan Ramadhan. Ameen ya rab.
Bagaimanakah anda menghabiskan 30 hari bersama samanya?
Setelah berpisah setahun, akhirnya kita
bertemu!
Tetapi, pertemuan kita hanya sekejap
sahaja-30 hari. Bagi mereka yang hangat bercinta, 30 hari itu tidak cukup!
Suka
atau tidak, itulah realitinya. Pertemuan kita sebentar sahaja. Persoalannya sekarang
ialah bagaimanakah kita akan menghabiskan 30 hari itu.?
Bagi yang hangat bercinta, sudah
semestinya mereka akan bersama 24 jam, bersama kemana sahaja.. Tiada apa yang
dapat memisahkan mereka.
Bak kata Prof. Tariq Ramadhan, “our
relationship with Allah is a love story.” Tiada bulan yang lebih istimewa untuk
kita suburkan cinta kepada Allah daripada bulan Ramadhan.
Go on. Go write your love story. Make it
special
sama-sama kita muhasabah diri,audit diri kita..selagi kita diberi peluang bernafas di bumi Allah ini,selagi itulah kita boleh tambah seberapa banyak amal ibadat kita kepada dia sang Pencipta.. .
semoga Ramadhan tahun ni bukan Ramadhan terakhir kita.. :')



