Pt 335 Kg Sedar,
16200 tumpat,
Kelantan.
27 Dis 2012
kehadapan adindaku sayang....Bagaimana keadaamu disana?rasa ingin sekali mendengar suaramu..bertanya khabarmu...
bagaimana agaknya keadaanmu di alam sana..hati ini kadang2 bertanya sendiri...
Hari ini,setelah beberapa hari pemergian mu...tak percaya,tak sedar rasanya sudah jauh..malah makin jauh rasanya hubungan kita....rindunya hati ini tak terubat jika tidak bersua...
Dengan izin Dia yang memahami akan isi hati ini,telah menghantarku ke sini........
Subhanallah...hanya Dia yang maha mengetahui..segala urusan pada hari ini dipermudahkan...malah,sepanjang perjalanan ingin ketempatmu tidak diselangi dengan setitik air hujan pun...alhamdulillah....
sedih,pilu..itulah yang sering kubisikkan ke dalam hati ni....lagi sedih rasanya setelah mendengar cerita sebenar daripada kedua ibubapamu...bagaikan terjawab semua pesoalan yang sering menganggu...
rupanya,pergimu pada usia semuda ini bukalah seperti mana yang dinyatakan..
Pemergianmu rupanya tanpa sebab yang boleh ku kira tak dapat di "detect" oleh doktor tu sendiri...
rupanya ini angkara mereka yang bersahabatkan jin dan syaitan...sanggup melakukan syirik hanya kerana hasad dengki... yang mana firman Allah,"Dan daripada kejahatan pendengki ialah,apabila ia dengki" al falaq 113:5...
umi dan abah ada menceritakan bahawa ada hamba Allah yang dengkikan perniagaan umi dan abah...masyaAllah..kenapa sampai jahat sekali mereka sehingga sanggup melakukan perkara yang sangat dimurkai Allah...tiada perasaankah mereka?adakah kesudahan yang begini bisa membahagiakan mereka....?
yaa,segalanya sudah tertulis...hidup,mati kita ditangan Dia yang maha esa...tiada guna rasanya untuk menyesali dan bersedih lagi...redhalah duhai hati....
Agak meremang rasa bulu roma ni waktu abah menceritakan detik mengkafankanmu sayang....
waktu di wad,banyak tulisan merah yang muncul di perut,leher...akan tetapi,segalanya hilang setelah tiba saat dikafankan...air matamu mengalir,letih abah menyapu sehingga ada yang menegur,biarkan ia mengalir....
sejuk rasa hati ni,tatkala umi menceritakan bahawa adinda pernah menjadi guru mengaji kepada anak2 jiran sehinggalah diterima menyambung belajar di uitm dimana tempat kita berkenalan..
dengan menggunakan telunjuk,umi menunjukkan tempat dimana arwah mengajar mengaji dan masih seperti sebelum ni keadaan rehal dan al quran yang berada di rak tak jauh daripada tempat dudukku....
sedikit lagi perkongsian manis yang diperoleh pada harini daripada seorang yang mungkin sangat rapat dengan adindaku sayang...
Nasri,hanya dengan panggilan Nasri,sempat berkenalan tadi dengan izin Dia,Nasri berkongsi kisah sepanjang perkenalan yang agak lama sejak di zaman persekolahan lagi dan rapat dengan adinda sejak dua tahun yang lalu....
Nasri ada mengatakan bahawa sebelum ni dia dan adinda pernah bertanyakan surah keberapa sedang dibaca...adinda ada memberitahu,dan hari ini,Nasri sambung bacaan daripada surah ke berapa tak pasti,tapi dia akan menyambung bacaan adinda sehingga khatam...sedikit mutiara jernih dapat dilihat dimata Nasri waktu menceritakan kisah dia dan adinda...
agak sedih juga,waktu dia menceritakan sebelum pemergian adinda,dia bermipi adinda datang berjumpa dengannya dengan berpakaian warna biru dan berinai...sangat cantik katanya...
yaa,adinda sangat sukakan warna biru...ingat lagi,semua benda kalau boleh adinda nak warna biru kan..?haks...rindunyaaa...
berulang kali rasanya dengar Nasri menyebut.."moga jodoh adinda adalah dia,walaupun tidak didunia,mungkin di akhirat sana.." terharu sangat...aminn insyaAllah...
sayang,semoga aman disana...banyak sebenarnya yang dapat k muni pelajari sepanjang perjalanan hidup k muni...hidup dan mati,jodoh pertemuan semua telah ditentukan sejak awal kandungan ibu kita lagi kan...
Dah ramai rasanya kawan k muni yang telah pergi terlebih awal,masih teringat arwah Athirah sahabat k muni yang meninggal dua tahun lepas..setelah tiba jenazah dihadapan k muni,terasa kelu lidah untuk membaca surah yasin dengan adanya sekujur tubuh kaku yang bergelar sahabat di hadapan k muni....
Dan sesungguhnya hari ini,k muni sedar,k muni sebenarnya masih di beri peluang untuk mencari bekalan menuju ke alam sana..moga2 k muni sentiasa istiqamah,sentiasa memperbaiki diri..insyaAllah..
terima kasih sayang...wassalam.
yang ikhlas:
K muni






















