Monday, 25 March 2013

Ingin ku menjaga hadiah tuhan yang satu ini.. .




-BEGITU KEHENDAKNYA-
Semakin ku usir semakin ia hadir,
Semakin ku lupakan,
semakin ia membelengu fikiran,
Ku sedar kini,
Hatiku milik-Mu Tuhan.
Biarpun jauh kularikan diri..namun,
Ia tetap di tangkai naluri…. .

Aku hanya merancang,
Allah jua yang menentukan
Kupasrah pada ujian,biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan untuk kufikirkan..
Biar segetir mana ujian melanda,
Baik Berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Kuterima dengan hati terbuka..
Andai memang begitu kehendak-Nya

Kuyakini,
itulah yg terbaik dariNya,
Buatku seorang hamba,
Hanya Dia, yang mengetahui segalanya
-Umar al-Mujahid-


Khas buatmu saudara:-
Bismilahirrahmanirrahimm..

Wahai Allah,
Keramahnya memikat hati,
Senyumannya menambah seri,
Namun, semakin dia kuhampiri
Semakin kaburku sendiri,
Tergugat apa yang kuimani,

Wahai Allah,
Dia amat kusayangi,
Andai Engkau redhai,
Tunjukkanlah aku sekali,
Andai akidahku yang Kau redhai,
Pimpinlah dia untuk turut merasai..
Hakikat perasaan ini.. .

Wahai Allah,
Bukan kelebihan padanya itu ku cari..
Manusia, tiada yang sempurna..
aku mohon padaMu segala kebaikan yang ada padanya,
menyayanginya keranaMu..
Dan sesungguhnya Engkau lebih tahu..

Jadikanlah dia seorang yang penuh dengan nasihat dan teguran,
Kerana itu lebih meyakinkan,
tuntunlah kami bersama dalam mencari redhaMu Tuhan ,
permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami ya Tuhan.. .
terima kasih kerana izinkan aku sggah di hatinya..
sama ada untuk seketika atau selamanya ku redha..
Amin ya Rab..
-pinta ku-

 p/s: Awk,awak yakin ke kita akan disatukan ?
Sy tak..tp insyaAllah dengan doa..doa kita bersama ‘plus’ redhaNya..moga2 awk lah zauj yg dinanti..:’)


Saturday, 23 March 2013

diri ini yg xckup baik

alhamdulilah,
kerna hari ini dbri ksmptan hdup
hdup utk mmohon keampunan allah
kerna dri ini msih berdosa
dosa smlm yg blum tntu mndpt tiket pngampunan lg

andai pg td,dri ini sdah tiada dnyutan
bgaimna dgn dosa smlm ?
apa jwpan yg bkal dri ini sdiakn d hdpan rab ?

ya kerna Allah msih mnyayangi dri ini

alhamdulilah
kerna hari ini dbri ksmptan mlihat bbir ibu ku lg
ya yg slalu bising d pg hari saat ak lena tido
bbir itu la yg slalu mmbntuk dri ini

andai pg td tiada kdgaran bbir itu
bgaimna dgn dri ini ?
siapa yg akn mmbntuk dri ini strusye?

ya kerna Allah msih mnyayangi dri ini

alhamdulilah
kerna hari ini dbri ksmptan brtmu ma'mum 2 b
wajah yg slalu mlmbutkn hati ini
hati yg slalu mrasa malu dgn dri dia
aqal yg slalu brfkir bgaimna dia dgn ak bgtu brbeda
tbuh seakn mrasa bgtu trhina d sisi ye
ya,
dia mmg baik
ttp ak msih d tmukan dgn dia

ya kerna Allah msih mnyayangi dri ini

aaa,trnyata Allah msih mnyayangi dri ini
Allah msih mmlihara dri ini
masakan Allah kurniakn smua ini kpd dri ini
tq Allah
sory 4 evrythng
feel very shame with u ya Allah


such a gift
p/s b a gud guy

Wednesday, 20 March 2013

wahai hati


ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging,jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya.ingat lah ia adalah hati

wahai hati
usahlah kau brsikap liar
usahlah kau mmbrontak
usahlah kau brpaling

wahai hati
knape seringkali kau brubah
knape seringkali kau ungkiri
knape seringkali kau brlakon

wahai hati
mudahye kau brjnji
mudahye kau mlupai
mudahye kau khianati

wahai hati
ak sudah bosan dgn jnji2 mu
ak sudah bnci dgn sikap mu
ak sudah kcwa dgn tingkh mu

mmg mnjdi nature hati sorng hmba
kadang hari nye naik
kadang hari nye trun
yet,stil we need 2 imprve our 'king'

yaaa itulah sbnrye hati kte
tingal lg,kte xprlu la utk brptus asa
brptus asa dri kampunan Allah


sahabat met rasullah n asked him,
ya rasullah my sin is very huge
rasullah asked again,
which one is huge ,ur sin or the mountain bhind u?
he ans, of cos my sin ya rasullah
rasullah asked again,
which one is huge ,ur sin or this earth?
he ans, of cos my sin ya rasullah
rasullah asked again,
which one is huge ,ur sin or this universal?
he ans, of cos my sin ya rasullah

then rasullah asked one more
which one is huge ,ur sin or His blessings?
then sahabat cried ,he ans
of cos His blessings ya rasullah


rahmat Allah melebihi lautan bumi
kasihye Allah kpd hambaye
yet we stil forget Him,

btw ,tulisan ini bknlah utk brlagak baik
brlagak baik dgn si 'dia'
juz rminder my self
...
ya Allah matikan lah ak saat dosa ak sdah d ampuni,
totally miss u ya Allah yet stil afraid of my sins

Sunday, 17 March 2013

sorry ma~


ma sorry xblik mingggu ni,
janji nk blik tapi ore xblik plop
ma mesti sdeh,
tapi minggu dpn ore blik..
ore xblik mggu ni bkn xbrsebab

..

hati seorang ibu siapa yg tahu
bibirnya kata ye,
hatinya mungkin kontradik

harap2 ma ok2 je
insyAllah dlm usaha mmbaiki dri
ya diri ini sering kali tersasar
mengharapkn kekuatan dri ilahi
"yaAllah jgnlah kau biarkn ak utk mmimpin dri ku sndri,nescaya itu akn mmbinasakan ku"
ya siapa kite utk uruskan diri ini
totally depends to Allah
~always
there is no such thing guarantee 4 us 2 guide ourselves 2 b a better man

btw,minggu yg xblik tu ak ec dengan handle satu program yg melibatkn sekolah area2 sini
seminar utk pelajar spm,
penat kot..
 ok sdkit poyo
 terlebih perasan
adik2 gabungan dari skolah2

mengharapkn usha kecil ini dipandang oleh Allah
'aceli' this event was planned about 1month
n alhamdulliah thanks 2 Allah 4 smoothing everything
very2 tired 4 handling this program,
k bhai~

Tuesday, 12 March 2013

Teman,aku ingin.. .

Teman tersayang,


aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit

Serta Tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta
di bumi tandus tanpa Bicara..
menyakini Allah sebagai penjaga..

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka..
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid rohnya ke syurga.. .


Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih mengegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.. .

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya...

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara masyitah,
Semerbak Kasturi..

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi Syafaat
di Mahkamah masyar nanti.... .

p/s:petikan sajak daripada novel "Tautan Hati"-Asiah Yusra :')

Saturday, 9 March 2013

Disebalik secebis kain


“melihat cantiknya seorang pendakwah dalam media cetak atau elektronik mungkin meyebabkan seorang lelaki terfitnah. Namun,Mungkin kehadirannya di arena itu juga menjadi sebab 1000 org wanita lain mendapat hidayah, dengan izin Allah swt..”


“kenapa mesti pakai niqab? Xcukup ke tutup apa yg basic saja..?”
Perbualan ini membuat saya ingin mengetahui dengan lebih dalam w’pun saya tahu apa yg cuba saya cari gali ini belum tentu akan memberi jawapan sepenuhnya..
Alhamdulillah, Allah maha mengetahui,sedar ataupun tidak Allah telah membuka pintu hati ini untuk membelek buku yg lama tidak disentuh(solusi edisi lama),dan tenyata terdapat  helaian yang menerangkan dengan jelasnya tentang pemakaian niqab dan aurat wanita.. .
 Absolutely right,lately, ramai yang mempunyai hasrat untuk berhijrah,berhijrah untuk jadi lebih baik.. Alhamdulillah.. .
sedikit perkongsian melalui pembacaan saya.. .


Dr.Sheikh Yusuf al Qaradawi:
“saya ingin menjelaskan bahawa sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas adalah sebuah hakikat yg telah dikenali dlm kalangan ilmuan, iaitu tidak wajib memakai penutup muka dan dibolehkan menzahirkan  wajah dan kedua2 tapak tgn drp anggota wanita di hadapan lelaki. Ini pendapat majority ulama fiqah sejak zaman sahabat”(wanita dlm fikih Dr Yusuf Qadarawi)

LUASKAN YANG HALAL,SEMPITKAN YG HARAM
Beliau turut menyatakan bahawa antara kemudahan yg diperlukan dalam fiqah adalah mempersempitkan dan tidak berlebihan dalam meletakkan taklif(beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yg berhubungan dengan perkara wajib dan haram.

“Dalam kitab al-Ijtihad fi al-Shariah al-Islamiyyah, saya menganjurkan wanita yg bergerak dalam bidang dakwah agar tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang utk komunikasi antara dirinya sebagai dai dalam masyarakat sebagai objek dakwah”- Dr Yusuf Qadarawi-


   Muslimahku,Kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yg sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya,terikut-ikut trend semasa dan mahukan pujian sebagai wanita solehah yg terpilih dan mulia. Tetapi,demi mencari keberkatan dengan mengikut cara para isteri baginda saw yg merupakan sebaik baik contoh teladan dan tuntutan buat muslimah beriman.
Baik berpurdah ataupun tdk,insafilah kita membawa syiar Islam disebalik apa yg dipakai.
Kita melindungi diri demi mencari reda Ilahi, di sebalik pakaian kita, suburkan rasa malu dengan menjauhi laranganNya dan berpegang erat dengan segala perintahNya.


 Nabi bersabda,“wanita itu aurat.Apabila dia keluar daripada rumah,syaitan terus memandangnya(utk mghiasinya pada pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah)”riwayat al-Tarmizi
Pada mereka yg sedang berusaha untuk berubah,just go on,apa yang penting niat kita dan berhati hatilah dengan riya’.. .

 Riyak:

Riyak bermaksud melakukan suatu amalan, ibadah atau kebaikan tidak ikhlas semata-mata kerana Allah tetapi untuk dilihat oleh manusia supaya mendapat pujian atau perhatian mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.;

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر
“Sesungguhnya suatu yang paling aku bimbangi terhadap kamu ialah syirik paling kecil”.

Para sahabat bertanya; “Apa itu syirik paling kecil, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah;

الرياء
“Iaitulah riyak”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Mahmud Ibn Lubaid r.a.)

Pada mereka yg benar2 ikhlas ingin berubah dan sedar Allah itu dekat,syukurlah..moga Allah benar-benar telah memberimu petunjuk insyaAllah..

Allah berfirman:
“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,tetapi Allah swt lah yang memberi petunjuk(memberi taufiq) kepada siapa yang dikehendakiNya(al Baqarah:272)

Tertarik dengan ungkapan daripada Dr Yusuf Qadarawi lagi:
“Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting daripada apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya..”

Risiko kemungkinan disihir dan difitnah bukan hanya terjadi kepada Muslimah yang meletakkan gambar di Facebook semata mata, malah kepada setiap manusia. Perisainya adalah hidup dengan cara hidup islam dan menzalimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan sunnah. Teruskan hidup dalam suasana tarbiah dan tetap berdakwah sekalipun difitnah,akan dibela oleh Allah swt insyaAllah..-ustazah Fatimah Syarha-
 sekian... .:')


Friday, 8 March 2013

bedanya ak dgn kau

ya ,
trnyata dri ak ini lbh mulia dari dri kau
trnyata dri ak ini lbh brilmu dari dri kau
trnyata dri ak ini lbh bramal dari dri kau
trnyata dri ak ini lbh wara' dari dri kau

apa benar ak ini yg lbh sgala2nya dri kau
adkah trnyata bsr bedanya ak dan kau ?

ak mlihat kau yg bru mngnal Allah
kerna ak dri kcil sdah mnganali Allah
ini beda kte

ak mlihat kau skolah yg biasa2 aje
kerna ak blaja d skolah agma
ini beda kte

ak mlihat kau mncri ilmu dgn pmbcaan mu
kerna ak mncri ilmu dgn brtalaqi
ini beda kte

ak mlihat kau dri kluarga yg biasa2
kerna ak dri kluarga yg bragama
ini beda kte

ak mlihat kau yg dlunya ssorg yg lalai dgn hburan mu
kerna ak dri dlu ye snangtiasa dlm bmbingan
ini beda kte

aaa,trus lupa akn dri ini
lupakah ak Allah pnh brdialog
hnya ktaqwaan yg mmbedakan kalian
hdup d dunia umpama larian
pmenangye tdk dkira pd awlye
pmenangye tdk dkira pd tghye
tp pmenangye dkira pd akhrye
ya pd akhirye bru bole mnntukan pmenangye

jika awl hdup kte ini lalai
jika tgh hdup kte ini rosak
tp jika akhir hdup kte ini taqwa
husnu khatimah
menanglah dlm hdup ini

tiada yg membedakan kte sbnrye,
apa kau dlunye truk
apa ak dluye baik
 yg mnjdi indicator ye adlh akhir hdup kte

ya Allah,jgn lah kau ttup pntu hati ini stlh kau mmbka pntu hati ini,
Allahumar zuqna istiqamah

Friday, 1 March 2013

Jangan Percaya.. .


Jangan percaya pada hati kerana hati sering keliru,
Jangan percaya pada nafsu,kerana nafsu sering terburu-buru
Jangan percaya pada akal,kerana akal kadangkala tertipu
Jangan percaya pada syaitan,kerana syaitan suka menipu...

Jangan percaya pada dunia,kerana dunia suka bergurau senda
Jangan percaya pada harta kerana harta harta itu binatang berbisa

Lidah manusia tidak bertulang, mata manusia dilitupi hijab,
Akal manusia sangat terbatas
Janji manusia sekadar pelepas
Nafsu manusia yg suka melampias
Akhirnya diri yang terbatas.. .

Percayalah pada janji Allah,
Yakinlah dengan sabda Rasulullah,
Berimanlah dengan malaikat yang amanah,
Redhalah dengan qada' dan qadar Allah,
Kiamat itu pasti!
Jahanam atau Jannah.. .