Jangan percaya pada hati kerana hati sering keliru,
Jangan percaya pada nafsu,kerana nafsu sering terburu-buru
Jangan percaya pada akal,kerana akal kadangkala tertipu
Jangan percaya pada syaitan,kerana syaitan suka menipu...
Jangan percaya pada dunia,kerana dunia suka bergurau senda
Jangan percaya pada harta kerana harta harta itu binatang berbisa
Lidah manusia tidak bertulang, mata manusia dilitupi hijab,
Akal manusia sangat terbatas
Janji manusia sekadar pelepas
Nafsu manusia yg suka melampias
Akhirnya diri yang terbatas.. .
Percayalah pada janji Allah,
Yakinlah dengan sabda Rasulullah,
Berimanlah dengan malaikat yang amanah,
Redhalah dengan qada' dan qadar Allah,
Kiamat itu pasti!
Jahanam atau Jannah.. .

No comments:
Post a Comment