“melihat cantiknya seorang pendakwah dalam
media cetak atau elektronik mungkin meyebabkan seorang lelaki terfitnah.
Namun,Mungkin kehadirannya di arena itu juga menjadi sebab 1000 org
wanita lain mendapat hidayah, dengan izin Allah swt..”
“kenapa mesti pakai niqab? Xcukup ke tutup
apa yg basic saja..?”
Perbualan ini membuat saya ingin mengetahui
dengan lebih dalam w’pun saya tahu apa yg cuba saya cari gali ini belum tentu
akan memberi jawapan sepenuhnya..
Alhamdulillah,
Allah maha mengetahui,sedar ataupun tidak Allah telah membuka pintu hati ini untuk membelek buku yg lama tidak
disentuh(solusi edisi lama),dan tenyata terdapat helaian yang menerangkan dengan jelasnya
tentang pemakaian niqab dan aurat wanita.. .
Absolutely right,lately, ramai yang mempunyai
hasrat untuk berhijrah,berhijrah untuk jadi lebih baik.. Alhamdulillah.. .
sedikit
perkongsian melalui pembacaan saya.. .
Dr.Sheikh
Yusuf al Qaradawi:
“saya ingin menjelaskan bahawa sebuah
hakikat yang pada dasarnya sudah jelas adalah sebuah hakikat yg telah dikenali
dlm kalangan ilmuan, iaitu tidak wajib memakai penutup muka dan dibolehkan
menzahirkan wajah dan kedua2 tapak tgn
drp anggota wanita di hadapan lelaki. Ini pendapat majority ulama fiqah sejak
zaman sahabat”(wanita dlm fikih Dr Yusuf Qadarawi)
LUASKAN YANG HALAL,SEMPITKAN YG HARAM
Beliau turut menyatakan bahawa antara
kemudahan yg diperlukan dalam fiqah adalah mempersempitkan dan tidak berlebihan
dalam meletakkan taklif(beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yg
berhubungan dengan perkara wajib dan haram.
“Dalam kitab al-Ijtihad fi al-Shariah al-Islamiyyah, saya menganjurkan wanita yg bergerak dalam bidang dakwah agar tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang utk komunikasi antara dirinya sebagai dai dalam masyarakat sebagai objek dakwah”- Dr Yusuf Qadarawi-
Baik berpurdah ataupun tdk,insafilah kita
membawa syiar Islam disebalik apa yg dipakai.
Kita melindungi diri demi mencari reda
Ilahi, di sebalik pakaian kita, suburkan rasa malu dengan menjauhi laranganNya
dan berpegang erat dengan segala perintahNya.
Pada mereka yg sedang berusaha untuk
berubah,just go on,apa yang penting niat kita dan berhati hatilah dengan
riya’.. .
Riyak:
Riyak bermaksud melakukan suatu amalan, ibadah atau kebaikan tidak ikhlas semata-mata kerana Allah tetapi untuk dilihat oleh manusia supaya mendapat pujian atau perhatian mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.;
Riyak bermaksud melakukan suatu amalan, ibadah atau kebaikan tidak ikhlas semata-mata kerana Allah tetapi untuk dilihat oleh manusia supaya mendapat pujian atau perhatian mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.;
إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر
“Sesungguhnya suatu yang paling aku bimbangi terhadap kamu
ialah syirik paling kecil”.
Para sahabat bertanya; “Apa itu syirik paling kecil, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah;
Para sahabat bertanya; “Apa itu syirik paling kecil, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah;
الرياء
“Iaitulah riyak”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Mahmud Ibn Lubaid r.a.)
(Riwayat Imam Ahmad dari Mahmud Ibn Lubaid r.a.)
Pada mereka
yg benar2 ikhlas ingin berubah dan sedar Allah itu dekat,syukurlah..moga Allah
benar-benar telah memberimu petunjuk insyaAllah..
Allah berfirman:
“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka
mendapat petunjuk,tetapi Allah swt lah yang memberi petunjuk(memberi taufiq)
kepada siapa yang dikehendakiNya(al Baqarah:272)
Tertarik dengan ungkapan
daripada Dr Yusuf Qadarawi lagi:
“Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting
daripada apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya..”
Risiko kemungkinan disihir dan difitnah
bukan hanya terjadi kepada Muslimah yang meletakkan gambar di Facebook semata
mata, malah kepada setiap manusia. Perisainya adalah hidup dengan cara hidup
islam dan menzalimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan sunnah. Teruskan
hidup dalam suasana tarbiah dan tetap berdakwah sekalipun difitnah,akan dibela
oleh Allah swt insyaAllah..-ustazah Fatimah Syarha-
sekian... .:')




No comments:
Post a Comment