Monday, 17 October 2016

pengalaman 'nandong..' ;)



Assalam,
Hai cinta, hai sayang.. hai everybody out there..!senyum tau apepun yang terjadi harini, apapun yang sedang kita alami..yakin itu semua rancangan daripada Dia.
Sebenarnya deep inside rasa nak cerita pengalaman pregnant, sebelum mula, nak minta maaf klu ada yang terasa, dan saya doakan buat mereka yang ingin mengalami pengalaman yg sama akan rasai juga suatu hari nanti. Trust me! Yakin dengan kuasa Allah dan ingat kita tiada kuasa. Tapi kita ada kuasa via doa. Ingat tau..!

Alhamdulillah.. semua nikmat dan rezeki Allah kurniakan harini sungguh rasa sangat tak layak. Kadang, terfikir sendiri kebaikan apa yg dibuat hingga Allah kurniakan nikmat sebegini, plus, ujian tetap dirasai pada masa yang sama. Siapa yang tak muntah masa mengandung, siapa yang tak sakit badan, siapa yang tak bengkak kaki,betis, kejang, amik darah, cucuk situ sini, jaga makan minum, at the same time, kena jaga suami, jaga rumah tangga.. basuh kain, masak, saya kena study lagi(sebab student lagi kan..huuu) nasib baik anak sulung, klu dah ada anak, nak jaga makan minum anak lagii.. sekolah dia..macam macam lagi ..

Sebab tuu, kita kena yakin Allah maha tahu, rancangan Dia always the best, Dia tahu saat bila kita betul2 sedia. Bukan senang tau. Orang takkan share kisah sedih mereka, apa yang dipertontonkan kebahagian dengan harapan ada doa bersama daripada sahabat2.
Untung, dan syukur Alhamdulillah.. di sepanjang kehamilan anak, saya takla alahan sangat, takde mengidam pelik2, takde muntah2 sangat, Alhamdulillah..tapi pernah laa, pengsan sekali di kampus sebab panas sangat plus skip breakfast.! Hihihi..((bahaya, jangan tiruu..)
But then again, Alhamdulillah..

Alhamdulillah juga, kerana dikurnia, diberi seorang suami yang sangat memahami. Part ni malas sikit nak ceghita sebab klu husband baca, dia akan rasa ‘up’ atau perasan sikit..hehehe.. tapi indeed, he is a good husband ever..! tengah kita penat2 nak masak, dia datang basuh pinggan, tanak nasi..tiap kali nak masak, datang jaa potong sayur n lada atau pape yang boleh dipotong untuk bantu.. senang nak minta tolong, rajin sangat n very understanding..! Alhamdulillah.. yes you are abang! Thanks so much.

Kita isteri ni, faham yang suami letih, penat balik kerja,.. tapi, bila suami yang volunteer datang gives hand, deep inside ni terharu tau, seriyess! Mulalah dalam hati ni duk berdoa, ya Allah murahkan rezeki kami suami isteri, mudahkan urusan suami.. doa isteri tu penting tau.! So, Alhamdulillah.. thanks once again.. 

Eh, kemain kata nak share pengalaman nandong.. dah bebel ceghita lain.. ok laa, next time laaa sambung lagiii.. hehehehe.. sorry ye…! Cenyummm cikittttt ;)


Friday, 15 July 2016

Bahagia






Buat anak sulung ibu..
Asal sayang tahu setiap apa yang ibu lalui sepanjang perjalanan mengandungkan anak sulung ibu ini adalah satu kebahagiaan yang tak ternilai.

Bermula daripada awal bulan sampai ke harini 37 minggu bersamaan sembilan bulan seminggu,sayang kena tahu..

Sakit itu bahagia,
Mual itu bahagia,
lenguh badan itu bahagia,
Manja itu bahagia,
Segala perasaan sensitif itu bahagia...


Sayang,
Awak gerak gerak dalam perut ibu itu bahagia, lagi bahagia bila ibu nangis2 manja dan abah sentiasa ada disisi untuk pinjamkan bahu...ayat yang selalu abah sebut “dak ehh..takde papenyaa..”
Abah awak, suami terbaik dan semoga menjadi terbaik buat semua anak2 kelak.


Ibu dah mula rindu saat2 indah ini meski awak masih didalam rahim ibu sayang,..
Pada masa yang sama ibu sangat tak sabar dan seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku.. Allah swt telah  kurniakan satu amanah yang sangat bernilai buat ibu dan abah..
Semoga awak sayang, akan menjadi kekuatanbuat ibu dan abah utuk terus berjuang melawan segala bentuk ujian dalam rumahtangga kami..
Kerana awaklah, kunci kebahagiaan ibu dan abah.. sayang anak sulung ibu sangat2.



-ibu-

Monday, 11 January 2016

sayangku.. .

pada Dia sang pencipta,
moga segalanya diampuni dengan kasih sayangMu, dengan sifat PemurahMu, dengan sifat PemaafMu..
tiada yang lebih tahu betapa lemahnya diri melainkan Dia yang menciptakan.
dosa yang lalu, moga tidak berulang lagi..
ku mohon pergi.. silakan pergi memori yang penuh dosa..
apatah lagi diri kini 'berisi'
mudah mudahan yang buruk tidak menjadi ikutan.
ibu lemah sayang..ibu lemah..
ibu harap ibu kuat sekuat Siti Aminah, 
teguhnya cinta seteguh cinta Fatimah..
mudah mudahan..

rindu ini, sakit..
sakit yang ibu tahan tahankan..
kerana dunia sebelum ini, semua yg ibu inginkan ibu usahakan..
tapi kini, dunia berbeza sayang..
ada yang perlu ibu akurkan..
meski sakit, meski pahit bagi ibu.
demimu sayang, ibu kuatkan.. 

moga bahagia disana sayang,
sampai kita jumpa dengan izin Allah..
senyum selalu jangan luapa,
jangan sedih berduka bagai ibu yang berduka karna rindu yang tak berkesudahan.

perasaan ini pelik,
sepelik mana pun ia, tetap kurniaan yang maha esa.
sekuat mana pun cuba memujuknya, hanya Dia yang maha kuasa.
kaki ini, takkan mampu berjalan tanpa izinNya.
tangan ini takkan mampu melambai tanpa izinya..
dan bibir ini takkan mampu menahan perkataan 'rindu' tanpa izinNya..

syurgaku..
ada hal yang telah melukakan hatimu..
mudah mudahan ia pulih dengan ungkapan 'maaf'.
dengan hanya satu ciuman di tanganmu..
mungkin banyak hal..bukan satu..dosa dosa itu yang paling seram
apa jawapan tika mana ditanya kelak.
moga pulih sepenuhnya.


 rindu ini sakit sayang..
kesian ibu..