pada Dia sang pencipta,
moga segalanya diampuni dengan kasih sayangMu, dengan sifat PemurahMu, dengan sifat PemaafMu..
tiada yang lebih tahu betapa lemahnya diri melainkan Dia yang menciptakan.
dosa yang lalu, moga tidak berulang lagi..
ku mohon pergi.. silakan pergi memori yang penuh dosa..
apatah lagi diri kini 'berisi'
mudah mudahan yang buruk tidak menjadi ikutan.
ibu lemah sayang..ibu lemah..
ibu harap ibu kuat sekuat Siti Aminah,
teguhnya cinta seteguh cinta Fatimah..
mudah mudahan..
rindu ini, sakit..
sakit yang ibu tahan tahankan..
kerana dunia sebelum ini, semua yg ibu inginkan ibu usahakan..
tapi kini, dunia berbeza sayang..
ada yang perlu ibu akurkan..
meski sakit, meski pahit bagi ibu.
demimu sayang, ibu kuatkan..
moga bahagia disana sayang,
sampai kita jumpa dengan izin Allah..
senyum selalu jangan luapa,
jangan sedih berduka bagai ibu yang berduka karna rindu yang tak berkesudahan.
perasaan ini pelik,
sepelik mana pun ia, tetap kurniaan yang maha esa.
sekuat mana pun cuba memujuknya, hanya Dia yang maha kuasa.
kaki ini, takkan mampu berjalan tanpa izinNya.
tangan ini takkan mampu melambai tanpa izinya..
dan bibir ini takkan mampu menahan perkataan 'rindu' tanpa izinNya..
syurgaku..
ada hal yang telah melukakan hatimu..
mudah mudahan ia pulih dengan ungkapan 'maaf'.
dengan hanya satu ciuman di tanganmu..
mungkin banyak hal..bukan satu..dosa dosa itu yang paling seram
apa jawapan tika mana ditanya kelak.
moga pulih sepenuhnya.
rindu ini sakit sayang..
kesian ibu..

No comments:
Post a Comment