Asal sayang tahu setiap apa yang ibu lalui sepanjang perjalanan mengandungkan anak sulung ibu ini adalah satu kebahagiaan yang tak ternilai.
Bermula daripada awal bulan sampai ke harini 37 minggu
bersamaan sembilan bulan seminggu,sayang kena tahu..
Sakit itu bahagia,
Mual itu bahagia,
lenguh badan itu bahagia,
Manja itu bahagia,
Segala perasaan sensitif itu bahagia...
Sayang,
Awak gerak gerak dalam perut ibu itu bahagia, lagi bahagia
bila ibu nangis2 manja dan abah sentiasa ada disisi untuk pinjamkan bahu...ayat
yang selalu abah sebut “dak ehh..takde papenyaa..”
Abah awak, suami terbaik dan semoga menjadi terbaik buat
semua anak2 kelak.
Ibu dah mula rindu saat2 indah ini meski awak masih didalam
rahim ibu sayang,..
Pada masa yang sama ibu sangat tak sabar dan seakan tidak
percaya apa yang sedang berlaku.. Allah swt telah kurniakan satu amanah yang sangat bernilai
buat ibu dan abah..
Semoga awak sayang, akan menjadi kekuatanbuat ibu dan abah
utuk terus berjuang melawan segala bentuk ujian dalam rumahtangga kami..
Kerana awaklah, kunci kebahagiaan ibu dan abah.. sayang anak
sulung ibu sangat2.
-ibu-