Wednesday, 15 October 2014

Langkah Ini Dalam Naungan-Mu




Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar
Langkah ini telah lama kami mulakan
Telah lama kami susun atur dengan berpandu ilmu-Mu
Jua menurut apa yang Kekasih-Mu, Muhammad SAW ajarkan.


Wahai DZAT yang maha mengetahui
Satukanlah hati kami untuk membesarkan Mu
Tanamkanlah rasa kasih dan sayang 
Agar Kami sentiasa mengingati Mu
Kerana kami tahu dugaan pasti akan datang kembali,


Wahai Tuhan yang maha bijaksana
Tidak kami takuti dan gentar ujian yang menyapa
Namun kami bimbang andai teralpa dalam fitnah dunia
itulah ujian yang lebih dasyat dan besar
ketika langkah kami semakin deras menuju impian yang dicita


Wahai Tuhan yang Maha mengabulkan doa
Penuhilah hajat kami yang mahukan cinta Mu
Sempurnakanlah cita cita kami untuk bernaung di bawah ArashMu
Makbulkanlah doa kami untuk menjadi kekasihMu
Serta bimbinglah kami yang mahukan perindungan.... .

No comments:

Post a Comment