Monday, 7 July 2014

Terima kasih. ..


Salam wbt..alhamdulillah syukur untuk apa yang telah dikurnia Allah SWT harini..

Hari ni 9 ramadhan, sedikit kekeliruan yang mengganggu diminda ni, aku cuba ringkaskan seringkas yang mungkin dalam masa sesingkat yang boleh insyaAllah..

Allahhu Allah, kadang ujian yang Allah beri rasa tak tertanggung, banyak.. lain orang, lain ujian Nya kan? kadang aku Tanya, kenapa aku ni manja sangat, bak kata bos aku,puan Zee, “tu tak sampai keperingkat kena gigit kerengga lagi pun dah rasa teruji..” manjanya aku, sensitifnya aku..

Kalau aku boleh tanya, apa korang akan buat bila semua masalah yang timbul, koranglah puncanya. Korang yang mulakannya, yang cuba membuatkan masalah itu ada..  yes, u never told me that’s all da problem comes from me, yet I can feel it. Huhhh, tak baik betul rasanya bersangka buruk. Tapi tindak tanduknya memang kearah tu.. aku lah tu, aku lah ni.. aku tak minta.. aku tak nak.. aku dah cuba..aku dah lari jauhhhhhh… tapi masalah tu tetap ada.

*menaip disaat emosi yang sangat tinggi. T_T

Allahu Allah.. dimana kekuatan yang pernah kau pinjamkan.
Puan zee(bos aku) pernah bagitahu , kadang kita tak boleh bergantung pada diri sendiri, kita perlukan pertolongan. Kadang, pertolongan tu datang daripada Allah melalui,hambanya, kesenangan yang kita rasa, atau boleh jadi benda lain yang memang Allah takdirkan untuk kita..

Terima kasih kepada yang sudi membantu, meskipun memang aku dalam keadaan terkial kial, tak tahu hala tuju, maklumlah aku baru.. kau kata kau faham, tapi jelas, kau berkira, kau tak faham.. situasi kita berbeza..

Terima kasih.. Alhamdulillah kerana ada disaat aku perlu, disaat aku buntu..
Aku susah, kau bantu..

Aku harap, moga kebaikan itu ikhlas, aku cuba membalas dengan keupayaan yang ada, tapi aku tahu memang aku takkan mampu, hanya Allah yang boleh membalas segalanya.. aku mohon,agar kau lupakan lah pengorbanan yang pernah kau berikan, andai bila saat kau terasa, kau akan menilai semula..
Kau menilai semula kebaikan yang pernah kau lakukan.

Ya, kerana saat tu aku susah.

Moga kau tak lupa, suatu ketika dahulu kau juga pernah susah.
Mungkin bukan aku yang membantu kau disaat tu. Tapi aku tahu, kau pernah susah.. Alhamdulillah.. terima kasih kau dan semua. Meskipun, saat ni aku rasa bagaikan semua jari telunjuk ada di muka ni, meskipun aku tahu niat sebenar aku dan hajatku takkan tercapai dengan segala apa yang aku lalukan, dengan semua pengorbanan yang kau dan semua lakukan..

Aku akan ingat satu hal ni,
bahawa kau baik dan terbaik pernah aku kenal.. terima kasih.

*maaf, tulisan disaat aku keliru, mungkin aku akan padam semula, atau mungkin aku biarkan saja..* 



Klu boleh,aku nak bersangka baik, baik pada semua, pada Allah. Aku anggap dan harap sangat ni semua ujian Allah.
Allah test, those he loves. insyaAllah.. .


No comments:

Post a Comment