“menangislah
kalau
kau mahu
tapi
cari dulu
bumi
untuk sujud
sebelum
bahu untuk
kau
hambur segala
rencah
rasa”
memang,
memberitahu itu senang,
meluahkan itu mudah..
menyatakan itu cepat sangat..
tapi,
payah untuk memahaminya..
payah untuk mengalaminya..
payah sangat..
payah kerana bukan kau yang rasa..
kadang,
aku terfikir sendiri..adakah aku yang tak dihargai
atau..
aku yang tak tahu menghargai..

No comments:
Post a Comment