Saturday, 1 March 2014

Monolog Aku

Kecewa itu BIASA, 
tetapi membalas dengan kebaikan meski selalu dikecewakan, 

itu LUAR BIASA.

Memaafkan itu BIASA, 

tetapi memaafkan meski sering disakiti, 

itu LUAR BIASA.
Memberi itu BIASA, 

tetapi memberi dengan penuh pengorbanan dan disaat kekurangan,

itu LUAR BIASA.
Bersyukur itu BIASA, 

tetapi bersyukur ketika tidak punya apa-apa, 

itu sangat LUAR BIASA.
Kebaikan dibalas dengan kebaikan itu BIASA, 

tetapi membalas kejahatan dengan kebaikan, 

itu baru LUAR BIASA.



Aku suka guna ayat, ‘kadang orang tu tak tahu, yang kita sayang dia lebih daripada dia sayang kita’. Sakitnya menyayangi orang dalam diam, sakitnya merindui tanpa dia tahu. Kadang, nak sangat dia tahu perihal hati kita sebenarnya.(bukan sedang jiwang --')

Aku tahu, Allah swt maha mengetahui, dia lebih tahu akan isi hati aku. Mungkin, kalau semua orang kenal aku sama sepertimana Allah tahu semua perihal tentang aku, mungkin mereka menjauh. Jangan pernah mengaku kita ni alim, kita ni baik, ‘indeed’, kita semua pendosa.

Manusia hari ni, bilamana dia rasa dia hebat, dia ada kuasa, dia lagi tua, dia ada pangkat, teguran daripada  orang lain dia ‘tamo’ dengar kan. Pelik, belum tentu dia tahu semua, belum tentu orang yang menegur itu tak tahu. Nak bukti? Cukuplah al Quran dan sunnah sebagai bukti.
Demi Allah swt, aku sayang semua yang ada di sekeliling aku, yang ada saat aku jatuh. Yang sudi mendengar saat aku memberitahu, yang terus menyokong saat aku daa mula ‘give up’.



Aku pernah terbaca, perkara yang perlu kita ingati dalam seharian hidup kita ialah, “Dosa dan Mati”. Rahmat Allah swt ni luas, aku yakin klu cakap bab hidayah, bab taubat ramai sangat yang tahu. Tapi, banyak mana dah kita bertaubat pada Allah? Banyak mana dah dosa kita buat? Tepuk dada, Tanya iman, Tanya diri.(aku pun sama..Allahuu)

Sebab itu imam al-Ghazali berpesan, “seorang hamba yang bertaubat tapi kembali melakukan dosa jangan sesekali berputus asa untuk bertaubat lagi.” Allah maha pemaaf, bahkan Allah bukan sekadar mengampunkan, malah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya. Firman Allah yang bermaksud, “sesungguhnya, Allah menyayangi hamba hamba Nya yang bertaubat” (Surah al Baqarah 2: 222)

Hari ni tangan aku taip apa ja yang aku rasa, aku takut sangat berdosa, takut sangat sebab aku tak tahu aku mati bila. Aku pun tak tahu siapa yang sudi doakan aku bila aku tiada nanti.

Buat semua yang ada dan sentiasa menyokong aku, terima kasih banyak.  Final exam is around da corner. Haks .. maaflah, kadang kita tak sedar kita mengguris hati seseorang kan. Let me repeat, ” sometimes, we do not realize that, there has someone love you more than u do “ , yaa, kadang orang tu tak tahu yang kita sayang dia lebih daripada dia sayang kita.

Tembak,tembak.., hanya mampu menembak dari jauh..  hanya melalui doa.

Moga Allah merahmati dan melindungi mereka yang aku sayang. Especially, my family. Kadang aku rasa dahagakan kasih sayang to gather with my family again, more and more. Ntah bila laa kan.. boleh kita bersama lagi. Moga saat tu akan tiba, bila dah besar macam ni semua menjauh. Sedih..

Hmm apalah aku ni, dah sampai ke family bagai. Haks…

Tu lah, aku sedang bermonolog ni.

Kalaulah aku boleh beli masa, beli cuti, aku akan beli hanya untuk bersama mereka yang aku sayang. Tak tahu la macam mana nak mendefinisikan perasaan sayang ni  sebenarnya, kerana sayang kadang kita akan sakit. Macam aku hari ni.. apatah lagi tak mampu meluah di hadapan mereka yang kita sayang kan..

Fitrah muni, fitrah. Semua perasaan yang hadir ni fitrah. Hanya iman yang mampu mengawal.

Apa yang penting di akhirat sana, aku nak ‘repeat’, aku tak tahu aku mati bila, Cuma, Cuma.. aku nak bersama mereka yang aku sayang di syurga. InsyaAllah..  macam mana nak dapat kan syurga? Bak kata ustaz Azhar Idrus, “cara nak dapatkan syurga ni, kita kena beli. Beli dengan apa? Beli dengan segala galanya.”
-monolog aku di petang hari-
Sungguh, aku sayang kan mereka. Sayang sangat. Tears~


Berusaha sabar dalam kesedihan.
Berusaha sabar dalam kekecewaan.
Berusaha sabar dalam kesakitan.

Berusaha sabar dalam musibah.

Berusaha sabar dalam ujian hidup.
Memang benar..

Sabar itu susah.

Sabar itu lelah.
Sabar itu sakit.
Sabar itu tekanan
Akan tetapi jika kita mampu mengatasinya.
Maka sabar itu akan menjadi sebuah keindahan.
InsyaAllah. :)

Aamiin

No comments:

Post a Comment